November 28, 2010

Keindahan Malam







Indahnya alam luas terbentang
Embun malam ditemani bintang
Bulan purnama terus mengambang
Memancar cahaya bak kekunang,
Beburung menyepi di sarang
Unggas menyanyi riang
Hembusan bayu menyentuh kalbu
Ibarat anak dibelai ibu
Daun pepohon  bagai melambai
Tika ombak memecah pantai.

Putihnya pasir di pesisir
Terdampar kolek di gigi air
Suara cengkerik merdu gemersik
Membuat hati terus terusik
Langit tinggi dilihat kelam
Suria ditutupi tatkala malam
Tepi batuan duduk merenung
Tidak nampak adanya gunung
Mata terpaku mulut membisu
Sambil terkenang masa lalu.

Nukilan: Ayun Nissa'



November 26, 2010

Pengajaran Melalui Langit





Salam ukhuwah....lembaran lalu menjelajah mengenai isu alam...lembaran kali ini juga membawa isu yang sama...cuma yang berbeza...pada saat ini, kita hendak menjelajah dan mengambil iktibar melalui langit... Seperti yang kita tahu, langit adalah bahagian atas permukaan bumi yang mempunyai lapisan tersendiri yang dikenali sebagai atmosfera.. Kita sering melihat langit berwarna biru... kerana apa? kerana adanya pantulan cahaya... Adakah kita sedar, apakah tangunggjawab kita sebagai seorang hamba? Kita mempunyai tugas dwifungsi yang harus dipatri... Pertama..Tugas sebagai seorang hamba..dan kedua... tugas untuk mengurus, mentadbir, dan memakmurkan alam ini... 

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab, ayat 72 yang bermaksud " Sesungguhnya, kami telah mengemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan, tetapi manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim dan jahil. " Ayat ini membuktikan betapa berat dan sukarnya dua matlamat besar yang seharusnya dilaksanakan oleh kita. Jika kita renung pada langit, keindahannya sukar digambarkan.. apatah lagi yang menciptakannya... iaitu Maha Pencipta...

Alam telah memancarkan kebesaran Ilahi.. Alam hanya sebagai pembantu manusia untuk melaksanakan misi... Tetapi, manusia jugalah yang telah menghancurkan keindahan alam... Alam yang memberi ketenangan, telah banyak dihancurkan. Alam yang memberi kebahagiaan, telah dimusnahkan... Begitu juga dengan langit... Kita seharusnya belajar melalui langit... yang terbentang luas... dihiasi beburung yang berterbangan di awangan... Semoga kita menjadikan langit sebagai pengajaran, kerana bukan sahaja guru dan ibu bapa, rakan dan teman, yang boleh jadi tenaga pengajar, malah, langit juga boleh mengajar... yang berbeza, cuma langit tidak seperti manusia... yang boleh menyampaikan melalui lisan... hingga berjumpa lagi pada lain lembaran...   

November 25, 2010

Khasiat Kurma






Bertemu kembali pada episod ini...isu yang dibawa pada minggu ini adalah berkaitan alam...Alam yang diciptakan oleh Tuhan mempunyai banyak manfaat kepada manusia...Mungkin ramai tidak menyedari khasiat kurma...asal makan sahaja..pada kali ini...saya akan membawa anda menjelajah untuk mencari khasiat kurma...adakah kita hanya perlu makan tika bulan ramadhan sahaja? adakah anda tahu khasiatnya? atau hanya makan sahaja? sewaktu berbuka...Sekiranya kita beristiqamah makan buah kurma setiap hari sepanjang Ramadhan, mengapa tidak diteruskan untuk sepanjang tahun? Sabda Nabi S.A.W, " Apabila seseorang berbuka puasa, berbukalah dengan tamar, apabila dia tiada tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih ".

Pokok kurma juga dikenali sebagai tamar merupakan sejenis pokok palma dalam genus phoenix. Buah kurma yang dihasilkan mempunyai 1001 khasiat, selain rasanya yang lazat. Beberapa kajian yang telah dijalankan di USA, mendapati bahawa buah kurma adalah makanan harian yang ideal kerana ia mengandungi kadar karbohidrat dan serat yang tinggi. Kadar lemaknya juga rendah. Ciri2 yang dirumuskan oleh pakar-pakar pemakanan menyatakan kurma adalah makanan yang terbaik dan berkhasiat kepada sejagat. Buah kurma dapat mencegah masalah kegemukan jika dimakan dengan kerap, disamping dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit sakit jantung dan kanser. 

Buah kurma mengandungi 60-70 peratus gula ringkas berbentuk glukosa dan fruktosa yang mudah diserap di badan. Setiap 100g buah kurma, terdapat 15.3 peratus air, 2.5 peratus protein, 0.4 peratus lemak, 2.1 peratus zat logam yang terdiri daripada kalsium, fosforus, besi, dan vitamin B, serta mengandungi 3.9 peratus serat. Seorang Saintis Rusia yang bernama Metchnikoff berkata, memakan buah kurma dapat menghalang pembiakan kuman-kuman bahaya dan melahirkan koloni kuman yang bermanfaat bagi usus kita. Justeru, saya menggalakkan kalian memakan buah kurma..yang banyak khasiatnya..bagi menjaga kesihatan tubuh kita..

November 24, 2010





Cuba renungkan...hidup tanpa pepohon...suhu bumi akan terus meninggi...manusia tidak dipayungi..haiwan akan mati..kepanasan memuncak tinggi..saat ini, keriuhan sekelompok manusia yang bergembira tatkala pepohon ditebang, tatkala tanah menjadi lapang...adakah manusia semuanya girang? apakah manusia2 itu tidak memikirkan bencana yang bakal mendatang? hanya memuaskan nafsu mereka yang menyerang? Ingatlah! pepohon dan manusia saling memerlukan, saling bergantungan. Kajian Sains telah membuktikan, pepohon mengeluarkan oksigen yang sangat diperlukan manusia...pepohon memerlukan karbon dioksida untuk tumbuh subur..begitu juga sesama manusia..saling bergantungan, melengkapi antara satu dengan yang lain..

Cuba bayangkan, kita adalah pepohon..pepohon yang bagaimana kita hendak tumbuh dibumiNya?..adakah pepohon yang hidup menumpang dengan pepohon lain atau pepohon yang memberi pertolongan pada yang lain? parasit yang hidup menumpang pada pohon lain, yang hidupnya asyik mengharapkan orang lain, adakah manusia suka orang begitu?yang tidak gigih berusaha? seperti yang kita ketahui, setiap manusia dikurnia pancaindera..anugerah dariNya.. yang sangat berharga.. Seharusnya, jadilah insan yang sering memberi bantuan..pertolongan..tanpa mengharap ganjaran..kita harus ingat, tdk selamanya hidup kita mudah, tdk selamanya kita boleh melayari kehidupan tanpa bantuan..sesiapa pun jua..muda atau tua..miskin atau kaya..
 Allah tidak menilai manusia dengan harta, tapi Allah menilai manusia dengan takwa...

Hidup ini.....

Hidup ini ibarat dedaun yang terbang...mencari laluan....mencari haluan...juga arah tujuan...bisakah kita, menafikan, kita mempunyai tujuan yang menentukan dan menjadikan kita insan permata (terpilih)...insan permata yang bagaimana? insan yang dapat menjaga hubungannya dengan pencipta, juga manusia...hidup cuma untuk seketika..dunia hanya sebentar cuma...hanya Allah ada selamanya..kita sentiasa alpa, juga leka, dengan permainan dunia, tanpa mengambil kira ajaran dan kewajipan yang harus dilaksanakan sebagai seorang insan...cuba kita renungkan, dedaun yang berterbangan...ditiup angin nan damai..mempunyai laluan dan haluan...sehingga tiba di suatu destinasi...yang melengkapkan satu misi..adakah hanya sekelumit cabaran yang dihadapi? adakah sedikit perjalanan yang ditempuhi? adakah destinasi yang dituju benar menepati? oh.. alangkah indahnya alam ini...mengajar erti...hidup ini..

Cuba fikirkan...adakah laluan yang dilalui saat ini...benar2 menepati seruan Ilahi? atau hanya memenuhi kehendak hati...yang akan memusnahkan diri...juga menutup pintu hati...serta mengotorkan diri.. yang dulunya suci...tapi, telah dinodai...dengan dosa yang menyelimuti..dengan titik hitam yang melingkari...semuanya...dari hati..adakah cukup dengan hanya memakai istilah "ISLAM" pada kad pengenalan diri? tidak tunduk dan sujud pada Ilahi? Daun yang tertera pada gambar di atas, sambil terbang melayang, sambil bertasbih ibarat seorang kekasih...yang merindui pencipta sekalian alam...hidup ini bukan mudah untuk dilayari...hidup ini bukan mudah untuk dilalui...tapi, Allah tidak berhenti..mendengar rintahan tiap hari...

November 23, 2010

penghargaan dek perjuangan

Sebaik menghadapi exam bm 1, sy mendpt 1 berita yg sgt menggembirakan diri ini...msg yg dhantar oleh unit kokurikulum IPG, tpt ku menimba ilmu, mencungkil pengalamn, mendpt latihan, yg menyatakan daku mendpt anugerah citra guru, membuatkan daku terfikir saat2 dberi tgjwb sbg ketua, penolong, naib pengerusi...n mcm2..penuh suka dan duka, tawa dan derita...tp...daku time seadanya..kjayaan xkan tercipta tanpa usha yang gigih! hanya Allah sahaja yg mengetahui, betapa diri ini seringkali mengharapkan agar dirinya berada di landasan yang diredhai...berita gembira ini dikhabarkan kepada ibu bapa tercinta....segunung kesyukuran ku panjatkan ke atas Allah yang Maha Besar...tidak ku nafikan...berhdpn dengan pelbagai ragam, masalah, yang muncul tiap kali daku menjalankan tgjwb, tp, itu tdk bermkna untuk jdkan ku lemah...mlh daku akan terus bangkit! walau seratus kali daku jatuh, daku kan tetap bangkit untuk kali yang seratus satu.....

terima ksh buat pengarah dan para pensyarah yang memilih ku untuk menerima anugerah tersebut...xkn ku sia-siakan peluang yang mendtg hanya kerna daku seorang wanita! haha...mcm lagu Anita Sarawak plak...hehe....dengan sokongan para sahabat......AG, kak adah, fatin, yana, lia.....yang sudi hadir melihat daku menerima anugerah tersebut....diri ini sgt menghargai kdtngan kalian....jutaan trma kasih ku ucpkan...sgt2 terharu....dan...ucpan thniah oleh para pensyarah, membuatkanku lebih bersemangat...untuk terus melangkah ke hadapan...merealisasi impian..puan nor afizah, pensyarah kesynganku, yang tatkala daku jatuh sakit, sgup hadir ke bilikku, melawat, dan memberiku ferrero rocher...tq,madam...madam juga yg tlh mengambil gambarku...post ke blog kelas...oh, sungguh terharu....tq semua