June 11, 2012

Bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan.. Bagaimana dengan perjalanan hidup anda hari ini? Harap ceria sentiasa. Ingat! Apabila saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti bulan, bulan berganti tahun, tibalah bulan yang dinanti-nantikan. Bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan. Sama-samalah kita menggandakan pahala, menambahkan amalan, memperbanyakkan zikir agar dapat mendekatkan diri pada Ilahi. Bacalah bait-bait kata di bawah:

Rejab bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadhan bulan menuai.

Rejab menyucikan badan,
Syaaban menyucikan hati,
Ramadhan menyucikan roh.

Rejab bulan magfirah,
Syaaban bulan syafaat,
Ramadhan bulan mengadakan kebajikan.

Rejab bulan taubat,
Syaaban bulan mahabbah,
Ramadhan dilimpahi pahala amalan.

Rejab digandakan 70 pahala,
Syaaban digandakan 700 pahala,
Ramadhan digandakan 1000 pahala.

Rejab bulan Allah SWT,
Syaaban bulan Rasulullah SAW,
Ramadhan bulan umatnya.

Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya,
Kemuliaan Syaaban dengan malam Nisfu Syaabannya,
Kemuliaan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya.
>>Selamat Menyambut Bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadhan<<

June 9, 2012

Belajar Memandu

Salam kawan-kawan sekalian.. Moga kamu semua sentiasa ceria.. Alhamdulillah diberi peluang saat ini menghirup udara di bumi Malaysia.. Cuti kali ini, saya belajar memandu.. Hehe.. Tengok rakan-rakan pandai memandu, teringin juga memandu.. Tapi, kena ambil lesen dulu.. Ya! Apa guna peraturan yang digubal, sekiranya dilanggar.. Betul x? Betul3! Pada mulanya, saya mendaftarkan diri di salah sebuah pusat latihan memandu.. Kemudian, saya menghadirkan diri ke kuliah Kurikulum Pendidikan Pemandu selama lima jam memandangkan sebelum ini saya tidak pernah mengambil apa jua lesen kenderaan.. Seterusnya, saya menjalani ujian berkomputer.. Alhamdulillah, LULUS. Saya pun menghadirkan diri ke kuliah teori selama tiga jam.. Selepas itu, saya menjalani praktikal selama tiga jam.. Hurmm.. Guru yang mengajar sangat bagus dan membantu menaikkan semangat saya.. Saya diajar memandu. Saya tiada masalah untuk memandu kecuali satu masalah sahaja iaitu untuk menukar gear satu kepada gear dua..Bunyi agak pelik, bukan? Ya! Tapi, itulah kenyataannya. Saya tiada masalah untuk menukar kepada gear lain, tetapi, hanya itu sahaja masalah saya.. Saya berharap agar rakan-rakan mendoakan kejayaan saya ya!

Kadang kala terfikir juga adakah saya mampu membawa kereta? Hehe.. Tetapi, saya perlu belajar dan mendapatkan lesen kereta kerana saya akan bergelar seorang guru.. Saya juga tidak mahu bergantung dan menyusahkan orang lain untuk menghantar saya ke mana-mana.. Bukankah saya telah dikurniakan anggota yang normal? Hurmm.. Justeru, saya perlu belajar. Insya Allah, saya boleh lakukannya. Membawa kenderaan ini bukanlah perkara yang mudah. Kenderaan akan mengikut rentak pemandu.. Saya menyarankan agar pemandu di luar sana, memandu dengan berhati-hati, patuhi had laju dan isyarat lalu-lintas.. Nyawa kita tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Tidak rugi sekiranya kita memandu dengan berhati-hati.. Ingatlah slogan, “Biar lambat, asal selamat”. Bacalah juga doa menaiki kenderaan sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi. Kita tidak dapat menduga, perkara yang akan terjadi.. Tetapi, kita perlu mengambil langkah pencegahan untuk mencegah dari berlakunya kemalangan. Sehingga berjumpa lagi kawan-kawan..=)

May 28, 2012

Tamatnya Semester Tiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Maaf kerana sudah lama tidak menaip di blog ini.. Kesibukan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, mengadakan pameran, dan bermacam-macam lagi menyebabkan saya tidak berkesempatan menaip malah melihat blog ini.. Semester ini juga pelbagai subjek dipelajari.. dan banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang berada pada semester ini.. Terima kasih yang tidak terhingga buat para pensyarah yang sedia memberi tunjuk ajar berguna.. hehe melayan saya yang banyak bertanya.. kepada rakan-rakan.. terima kasih juga diucapkan.. Baucer RM200 kepada setiap pelajar IPG juga digunakan untuk membeli alat tulis dan buku2 sangat bermakna bagi diri saya.. 

Setiap orang punya pengalaman berbeza-beza.. Tidak sama.. Walau kita lalui hari ISNIN, SELASA, RABU, dan sebagainya, tetapi, kita akan memperoleh pengajaran, pengalaman, yang pelbagai.. kan2? Dunia ini penuh dengan warna-warni dan manusia itu saling lengkap-melengkapi.. Jika seseorang itu punya kelebihan, boleh dikongsikan dengan yang lain dan jika seseorang itu punya kelemahan, boleh meminta bantuan daripada orang lain. Dalam hidup ini, kita haruslah berusaha untuk melakukan yang terbaik, berfikir sebelum bertindak, jadikan hari esok lebih baik.. Sekali pun kita gagal dalam perjuangan, sekali pun kita tidak mencapai apa yang diimpikan, tetapi, apa yang lebih penting, semangat kita untuk terus berjuang dan bangkit tetap ada (motivasi intrinsik).. Jangan jadikan kemiskinan sebagai bebanan, jangan jadikan kekurangan sebagai halangan.. tetapi, usahakanlah.. berdoa dan terus berdoa.
Sekiranya ada dalam kalangan rakan kita, berjaya, maka, kita harus gembira dengan kejayaannya. jika ada dalam kalangan rakan kita, kurang berjaya, maka, kita harus membangkitkan semangatnya.. Jaga tutur kata agar tidak menyentuh hatinya.. Agar dirinya tidak terasa hina.. Walaupun kita berada di atas menara gading, ingatlah orang yang berada di bawah menara.. Ajarlah mereka cara untuk berjaya.. Lebih manis andai kejayaan itu dikongsi bersama.. Setiap orang telah ditentukan rezekinya.. Jadi, terimalah dengan hati terbuka.. Sekiranya kita berjaya, kejayaan itu satu ujian.. Sekiranya kita gagal, kegagalan itu juga satu ujian. Dunia ini penuh pancaroba dan tipu daya.. Berhati-hatilah agar tidak diperdaya.. Kematangan seseorang itu bukan dilihat dari segi umurnya sahaja, malah cara berfikir juga menunjukkan tahap kematangan seseorang. Bicara malam ini sampai di sini sahaja.. Mata sudah letih.. Sebelum mengakhiri, saya ingin berkongsi, satu buku yang bakal dihasilkan.. Buku ini merupakan hasil karya ahli Kelab Penulisan Kreatif.. Saya juga telah menghantar karya dan tajuk karya saya telah dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini.. Jom kita lihat:
~ RUNTUHNYA EMPAYAR CINTA ~

January 12, 2012

Inti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca setia.. Bagaimana dengan hari-hari mahu pun saat-saat yang anda lalui? Moga semuanya berjalan lancar. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai peristiwa yang saya alami baru-baru ini. Pertama, salah seorang rakan saya telah membelanjakan sebahagian duitnya untuk membayar makanan yang telah kami beli bersempena dengan hari kelahirannya. Tambahan pula, setiap kali rakan saya berjumpa dengan rakan yang lain, dia juga telah belanja rakan tersebut. Saya tekun memerhati gelagatnya. Dalam perjalanan pulang, dia telah membeli makanan lain. Sebaik sahaja baki wang dipulangkan, peniaga tersebut terus memberi banyak makanan kepadanya berikutan kedai peniaga tersebut akan tutup. Apa yang saya pelajari, Allah telah menggandakan rezekinya. Dia telah belanja rakan lain, Allah telah tambahkan rezekinya ketika itu juga.

Kedua, saya juga baru terfikir, selama ini, saya menggunakan kata panggilan iaitu ‘Nisa’. ‘Nisa’ bermaksud perempuan. Alangkah baiknya, jika saya meletakkan nama penuh atau ‘Khairun’ yang membawa maksud kebaikan. Ingatlah, hanya dengan panggilan, orang akan doakan kita kebaikan. Ibu bapa telah meletakkan nama yang indah untuk kita semua. Tentu ada sebabnya. Antaranta, termasuklah kerana maksud disebalik nama tersebut. Tidak salah andai orang memanggil kita dengan panggilan yang kita suka, Tetapi, biarlah maksud disebalik nama kita adalah baik. Tentu kita semua mahu jika orang lain mendoakan kebaikan untuk diri kita. Betul x?

Setelah saya mendengar salah seorang guru saya menceritakan pahit manis perjuangan beliau untuk merealisasikan impiannya, telah membuatkan air mata saya menitis. Begitu banyak ujian dan cabaran yang beliau tempuh sepanjang meniti perjalanan untuk merealisasikan impian agar menjadi kenyataan. Saya petik kata-kata beliau iaitu ‘Apabila berada di tempat yang tinggi, janganlah lupa melihat ke bawah’. Benarlah! Untuk mencapai kejayaan, bukanlah suatu yang mudah. Motivasi dan semangat meneruskan perjuangan dalam pendidikan amat penting, Kesuntukan masa, kerja yang bertimbun, serta tanggungjawab yang perlu digalas janganlah menjadi alasan untuk kita mencapai kemajuan. Kita belajar tinggi2, bukan untuk kepuasan orang lain, tapi, kepuasan kendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Janganlah ragu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Carilah ilmu yang baik, bertemulah dengan insan-insan yang mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Ingat! Kita bukan hendak hidup sehari dua, bersenang-lenang tanpa berusaha. Jangan sia-siakan pengorbanan kedua-dua ibu bapa kita. Saya berdoa agar kita semua mendapat keredhaan dalam setiap kerja yang kita lakukan. Salam Perjuangan Buat Semua..  

January 10, 2012

Cabaran Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.. Ya.. Kesibukan kuliah dan kekangan masa kadang kala membuatkan diri ini tidak berkesempatan menulis di sini. Penganjuran forum dan lawatan yang berkaitan Disleksia akan dijalankan. Malah, sebelum ke sekolah pilihan, saya dan rakan-rakan sekelas sedang menyiapkan ujian diagnostik. Bagaimana saya yang dilahirkan dalam generasi ‘Y’ akan berhadapan dengan generasi ‘Z’. Generasi ‘Z’ adalah generasi yang duduk dihadapan komputer sahaja, tidak mengenal dan menjalin hubungan yang rapat dengan saudara-mara, dan mempunyai pengetahuan meluas tentang sesuatu perkara. Sememangnya, guru alaf baru memainkan peranan penting dalam menjadi agen perubahan dan sosialisasi bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejujurnya, bagi saya, seseorang guru itu perlulah bersedia menghadapi cabaran para pelajar masa kini.
Dalam konteks pendidikan, profesion perguruan merupakan profesion yang menjadi keutamaan dalam menjana para pelajar yang seimbang dari pelbagai sudut, terutamanya, akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Jika mahukan pelajar berketerampilan, guru harus menunjukkan teladan. Jika mahukan pelajar berbudi bahasa, guru harus mengamalkannya. Sudah terang lagi bersuluh, minat yang mendalam dalam profesion perguruan ini harus disemai. Apabila berkata sedemikian, saya berikan contoh terdekat iaitu diri saya sendiri. Sejak kecil, minat dan cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru. Apabila adanya minat, akan wujudlah kemanisan dalam pekerjaan. Kita akan berusaha ke arah kecemerlangan,
Walau dalam apa jua pekerjaan pun yang kita ceburi, kita harus meminati bidang tersebut. Setiap insan punya cita-cita, minat, dan kecerdasan tersendiri. Menurut Dr. Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983, beliau menyatakan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan. Antaranya, termasuklah verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal, muzik, kinestatik, dan visual-ruang. Jadi, kita harus mengetahui jenis kecerdasan kita bagi menentukan kerjaya yang hendak kita ceburi. Dalam bidang pendidikan juga, guru akan mengajar murid dengan menerapkan kecerdasan pelbagai bagi melahirkan para pelajar yang cerdas berdasarkan minat para pelajar. Jadi, kenali diri dengan lebih mendalam. Siapa diri anda yang sebenar? Apa kebolehan dan kelebihan yang anda ada? Apa kelemahan anda? Jika punya kelebihan, kita boleh kongsikan dan bantu orang lain. Jika ada kelemahan, atasilah dengan sebaik-baiknya..=)

January 6, 2012

Cenderamata

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.. Sudah lama saya tidak post sesuatu di sini.. Ya.. pabila kembali ke kuliah, memang banyak lah kerja. Hari pertama sahaja sudah ada pelbagai tugasan diberi. Tak cukup tangan dibuatnya.. Hehe..pinjam Doraemon lah. Nak minta Doraemon tunaikan permintaan saya.. Leh tak gitu? Hehe.. Di sini, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sepupu dan kawan-kawan yang sudi memberi hadiah dan cenderamata kepada saya. Ada sepupu melancong di perak, ada rakan yang pergi ke Cameron Highland, Filipina, Sarawak, dan sebagainya. Terima kasih ya.. Ada lagi satu hadiah lolipop. Tapi, saya dah makan. Tak sempat upload. Lolipop strawberry tu jiran bilik yang bagi. Hehe. Terima kasih sepupu dan kawan-kawan..Sayang kamu..=)