Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua.. Maaf kerana sudah lama tidak menaip di blog ini.. Kesibukan
menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, mengadakan pameran, dan bermacam-macam
lagi menyebabkan saya tidak berkesempatan menaip malah melihat blog ini.. Semester
ini juga pelbagai subjek dipelajari.. dan banyak pengalaman yang diperoleh
sepanjang berada pada semester ini.. Terima kasih yang tidak terhingga buat
para pensyarah yang sedia memberi tunjuk ajar berguna.. hehe melayan saya yang
banyak bertanya.. kepada rakan-rakan.. terima kasih juga diucapkan.. Baucer
RM200 kepada setiap pelajar IPG juga digunakan untuk membeli alat tulis dan
buku2 sangat bermakna bagi diri saya..
Setiap orang punya pengalaman
berbeza-beza.. Tidak sama.. Walau kita lalui hari ISNIN, SELASA, RABU, dan
sebagainya, tetapi, kita akan memperoleh pengajaran, pengalaman, yang
pelbagai.. kan2? Dunia ini penuh dengan warna-warni dan manusia itu saling
lengkap-melengkapi.. Jika seseorang itu punya kelebihan, boleh dikongsikan
dengan yang lain dan jika seseorang itu punya kelemahan, boleh meminta bantuan
daripada orang lain. Dalam hidup ini, kita haruslah berusaha untuk melakukan
yang terbaik, berfikir sebelum bertindak, jadikan hari esok lebih baik.. Sekali
pun kita gagal dalam perjuangan, sekali pun kita tidak mencapai apa yang
diimpikan, tetapi, apa yang lebih penting, semangat kita untuk terus berjuang
dan bangkit tetap ada (motivasi intrinsik).. Jangan jadikan kemiskinan sebagai
bebanan, jangan jadikan kekurangan sebagai halangan.. tetapi, usahakanlah..
berdoa dan terus berdoa.
Sekiranya ada dalam kalangan
rakan kita, berjaya, maka, kita harus gembira dengan kejayaannya. jika ada
dalam kalangan rakan kita, kurang berjaya, maka, kita harus membangkitkan
semangatnya.. Jaga tutur kata agar tidak menyentuh hatinya.. Agar dirinya tidak
terasa hina.. Walaupun kita berada di atas menara gading, ingatlah orang yang
berada di bawah menara.. Ajarlah mereka cara untuk berjaya.. Lebih manis andai
kejayaan itu dikongsi bersama.. Setiap orang telah ditentukan rezekinya.. Jadi,
terimalah dengan hati terbuka.. Sekiranya kita berjaya, kejayaan itu satu
ujian.. Sekiranya kita gagal, kegagalan itu juga satu ujian. Dunia ini penuh pancaroba
dan tipu daya.. Berhati-hatilah agar tidak diperdaya.. Kematangan seseorang itu
bukan dilihat dari segi umurnya sahaja, malah cara berfikir juga menunjukkan
tahap kematangan seseorang. Bicara malam ini sampai di sini sahaja.. Mata sudah
letih.. Sebelum mengakhiri, saya ingin berkongsi, satu buku yang bakal
dihasilkan.. Buku ini merupakan hasil karya ahli Kelab Penulisan Kreatif.. Saya
juga telah menghantar karya dan tajuk karya saya telah dipilih untuk dijadikan
tajuk buku ini.. Jom kita lihat:
![]() |
~ RUNTUHNYA EMPAYAR CINTA ~ |
No comments:
Post a Comment