June 17, 2011

Penjelajahan 7 Benda Ajaib di Dunia..

Syukur kerana kita masih mampu bernafas lagi di bumi ini.. berjalan-jalan di atas hamparan daratan.. dengan kurniaan, rezeki pemberian.. kurnian-Nya.. entri kali ini akan membawa anda ke 7 tempat ajaib di dunia yang telah dipilih melalui undian yang ditetapkan oleh LISBON OFFICIAL DECLARATION OF THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD. Saya inginkan penjelajahan menarik dan sukakan pengembaraan melihat sejarah dan cuba untuk menyelak lembaran sejarah yang tercatat. Tetapi, banyak perkara yang perlu diambil kira kerana sumber bacaan dan pengetahuan perlulah daripada sumber yang sahih dan nyata kebenarannya.. 

CHICHEN ITZA, MEXICO

  Sesiapa sahaja yang pergi berkunjung ke Mexico, anda bolehlah lawati Chichen Itza yang merupakan tapak Peradaban Maya yang wujud pada abad 800 SM. Chichen Itza yang penuh bersejarah ini dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan. Nama Chichen Itza pun bererti di bibir mata air rakyat dalam bahasa Indian setempat dan  berkembang menjadi pusat pemerintahan dan ekonomi kebudayaan Maya. Chichen Itza merupakan simbol pemujaan dan ilmu pengetahuan. Raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yucatan bersama pasukannya telah mendirikan tapak ini.


CHRIST REDEEMER, BRASIL

 Christ Redeemer ini terletak di Rio De Janeiro yang juga dikenali sebagai Sungai Januari. Patung itu sangat tinggi iaitu mencecah 710 meter.. Tinggi, bukan? dan beratnya adalah seberat 635 tan.. cuba anda bayangkan, sekiranya 1 tan menyamai 1000kg, kalau 635 tan? wahh..kali 1000..berat, kan? Patung ini berdiri sambil menghulurkan tangan sebagai lambang memberikan semangat dan keaktifan bandar tersebut.Jangka masa untuk menyiapkan patung ini adalah selama 5 tahun dan arkitek yang membuatnya dikenali dengan nama Heitor da Silva Costa.

COLOSSEUM, ITALY


Sekiranya anda memilih Itali sebagai lokasi percutian atau berbulan madu anda, anda bolehlah singgah melihat Colosseum ini. Colosseum ini adalah bangunan yang dibina sewaktu Zaman Flavian, dan ianya juga dikenali sebagai Flavian Ampitheatre. Nama Colosseum ini berasal daripada kewujudan sebuah patung gangsa yang dinamakan Colossus of Nero yang didirikan oleh Emperor Nero berdekatan ampitheatre ini. Adakah ingat lagi sewaktu kita mempelajari subjek Sejarah di sekolah menengah dahulu? yang mengatakan bahawa Colosseum merupakan tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan. alangkah indah jika kita berpeluang menyaksikannya.. bukan hanya di kaca TV atau dengar di radio sahaja, tetapi, lihat dengan mata kurniaan Ilahi.
 
GREAT WALL OF CHINA


Great Wall of China ini, saya juga belum lagi lawati.. bagaimana dengan anda? ternyata, Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Adakah anda tahu bahawa Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Lagi jauh berbanding Larian Guru 2011 di maktab saya Mei lalu. Mesti seronok kan..  

MACCHU PICCHU, PERU

Pada semester tiga yang lepas, sewaktu saya menghadiri kuliah Bahasa Inggeris, saya telah diberi petikan mengenai gunung ini. Pensyarah saya menyuruh saya melihat gambar tersebut. Saya lihat biasa sahaja.. Rupa-rupanya, gunung tersebut kelihatan seperti muka manusia.. cuba anda perhatikan.. gunung Macchu Picchu ini juga dikenali sebagai Gunung Tua atau Kota Inca yang hilang.. Ketinggiannya pula adalah sekitar 2350 m dari permukaan laut. Pada tahun 1911, seorang ahli arkeologi bernama Yale Hiram Bingham III telah menemukan Kota Kerajaan Inca.. anda boleh lihat pada gambar di atas untuk melihat kerajaan tersebut..begitu unik, kan? 
PETRA, JORDAN

Wahh..ajaib kan.. hehe.. tapi, nothing is impossible.. Petra merupakan sebuah kota kecil di Provinsi Ma’an, sekitar 200 kilometer selatan Amman, ibu kota Jordan. Petra ini terletak di kawasan Lembah Wadi Musa. Dalam bahasa Arab, Wadi Musa bererti Mata Air Musa. Petra (dalam bahasa Yunani bererti batu dan bahasa Arab iaitu al-bitra) adalah sebuah tapak arkeologi di Jordan. Petra merupakan ibu kota Kerajaan Nabatean yang didirikan pada 9 M– 40 M oleh Raja Aretas IV. Petra ini dijadikan sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan selamat dari bencana alam seperti badai pasir. Suku Nabatean membangun Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota sehingga mencegah banjir mendadak. Memang masyarakat zaman dahulu mengatasi masalah dengar cara yang tersendiri..

TAJ MAHAL, INDIA

Saya berkesempatan melawat Taman Tamadun Islam di Terengganu pada Mac yang lalu.. untuk melaksanakan kajian bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia.. saya juga berpeluang bergambar di replika masjid ini.. walau belum lagi menjejakkan kami ke sana, tetapi, gembira juga bergambar bersama replikanya.. hehe.. macam betul..Untuk pengetahuan semua, Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Tempat ini diabadikan untuk membuktikan cinta yang agung oleh Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal. Taj Mahal mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648. Terdapat juga masyarakat yang menyebut Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja dan ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Apabila pada air, terdapat dua Taj Mahal.. 

June 16, 2011

Tiga buku.. tiga minggu..



Salam buat pembaca setia juga di luar sana.. saya memohon maaf kerana saya sudah lama tidak mengemaskini blog ini.. ermm tiga minggu cuti semester.. tiga buah buku telah dibaca.. alhamdulillah.. moga dapat memanfaatkannya.. sememangnya, buku adalah peneman setia.. tidak kira di mana jua.. tidak kira masa dan ketika.. 

Buku 1: Imam Syafie Pejuang Kebenaran

Buku karya Abdul Latip Talib menceritakan kisah mengenai Imam Syafie.. sudah pasti semua rakyat Malaysia juga rakyat di seantero dunia mengenalinya.. Beliau yang merupakan pengasas kepada Mazhab Syafie mempunyai kelebihan tersendiri. Ketika masih kecil, ayah beliau telah pergi menemui Ilahi. Beliau merupakan pejuang yang sering menegakkan kebenaran.. tidak kira di mana jua beliau berada.. Buku ini ibarat seperti sebuah novel kerana dikisahkan dalam bentuk penceritaan dialog.. Buku yang mengandungi 260 halaman ini sesuai dimiliki agar kita dapat mengetahui perjalanan dan perjuangan pengasas yang telah mengasaskan mazhab kita.. pepatah Melayu ada menyebut, 'tak kenal maka tak cinta'. jadi, biarpun beliau telah pulang ke rahmatullah pada malam Jumaat 28 Rejab tahun 204 hijrah, bersamaan 820 Masihi, kita boleh menelusuri catatan perjalanan suka dan duka dalam menempuh kehidupan melalui penggalian kisah di dalam buku ini.. Beliau seorang yang cerdik dan gigih, oleh itu, beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.. untuk mengetahui kisah selanjutnya, bolehlah membeli buku yang menarik ini.. ilmu itu tiada harganya..sangat bermakna..

Buku 2: Lembutkanlah Hatimu

Buku ini bagus dan berguna kepada kita kerana hidangan kata-katanya yang menusuk jiwa.. pembuktian melalui ayat-ayat Al-Quran sangat menepati apa yang diutarakan oleh penulis.. bukan mudah untuk melembutkan hati. hati boleh menjadi keras semacam batu dan lembut semacam kapas. banyak perkara yang kita lakukan adalah dipengaruhi oleh hati.. hati penggerak diri.. Buku yang mengandungi 216 halaman ini akan dapat melembutkan hati-hati jika dihayati dengan teliti.. jika mengubah diri dan identiti.. untuk membentuk insani sejati.. buku ini dapat dijadikan wadah dan katalis bagi menjadikan hati yang kotor, diuliti dosa untuk diubah sepertimana selaras dengan perintah-Nya.. manusia ini banyak bermain dengan hati.. mendengar kata hati.. jika kita lihat, penyakit pHD telah meracuni banyak hati.. disana sini.. menyebabkan terdapat insan yang menanggung kesengsaraan dan penderitaan yang susah untuk diungkapkan. banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit ini.. antaranya, termasuklah kemewahan, kesenangan, kecantikan, kepandaian, dan percintaan.. ada manusia yang sengaja dan gembira jika melihat manusia lain terjebak dalam kesusahan.. moga kita sama-sama tidak terkena tempias jangkitan penyakit ini..

Buku 3: Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen

Buku yang saya beli sewaktu saya menghadirkan diri dalam pelancaran buku ini di PWTC pada 27 April yang lalu.. saya merasakan buku ini sesuai untuk dijadikan panduan bagi penulis muda untuk mengetengahkan bakat yang ada.. bakat menulis merupakan bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan dan sewajarnya, manusia terpilih harus menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.. pengalaman-pengalaman para penulis hebat yang ada di negara kita seperti Nisah Haji Haron, Mawar Safei, Zaid Akhtar dikongsikan untuk tatapan generasi hari ini dan akan datang.. yang ingin menceburi bidang penulisan.. tidak salah untuk menulis.. tetapi perkara yang hendak ditulis haruslah mematuhi piawaian yang ditetapkan dan tidak 'hentam keromo' sahaja.. banyak kenangan yang turut diceritakan oleh penulis-penulis yang telah dipilih untuk menceritakan bagaimana barisan penulis tersebut menghasilkan sebuah cerpen.. rahsia-rahsia penulisan dikongsikan dan penulis-penulis memberi tips-tips untuk menghasilkan cerpen yang baik.. buku yang terdiri daripada 350 halaman ini tidak terhad kepada sesuatu golongan.. semua lapisan masyarakat boleh turut membeli dan membacanya.. 

June 7, 2011

Besarnya pengorbanan seorang ibu..

Jasa dan pengorbananmu tidak terhitung banyaknya.. Kasih sayang dicurahkan setiap ketika.. adakah kita sebagai anaknya, sudah mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulutnya.. atau hanya dengar di telinga, tetapi, tidak berbuat apa-apa.. mengapa ada insan yang alpa untuk menjenguk ibunya.. adakah mereka sudah lupa tentang pengorbanan yang dilakukan selama ini? didikan dan galakan diberikan.. mungkin seorang ibu tidak mengatakan secara lisan bahawa mereka sayang pada anaknya.. Tapi, ketahuilah bahawa dalam rasanubari seorang ibu itu, tersimpan rapi kasih sayang yang tiada bertepi buat anaknya.. anak yang telah dikandung selama sembilan bulan.. anak yang dibesarkan dengan kasih sayang sepenuh hati.. ada ibu yang bekerjaya.. untuk membantu keluarga.. jika kita imbas kembali zaman kita kecil, ibu kitalah yang menemankan kita saat kita dalam kesakitan, ibu kitalah yang menenangkan kita saat kita sedang dalam keresahan.. ibu kitalah yang membantu saat kita perlukan tempat mengadu.. memang tak dinafikan bahawa pengorbanan seorang ayah juga begitu besar.. Tetapi, bagi anak lelaki dan anak perempuan yang belum berkahwin, syurganya dibawah telapak kaki ibu.. walau apa pun jua, walau apa pun keadaannya, terimalah, sayangilah, kasihilah, cintailah, rinduilah ibu kita.. seumur hidup kita, kita tidak mampu membalas jasa dan pengorbanannya.. yang begitu besar buat kita.. mintalah restu pada ibu.. setiap ibu pasti mendoakan kesejahteraan buat anaknya yang tercinta.. Setiap ibu pasti gembira apabila anak berada di depan mata.. setiap ibu pasti gembira atas kejayaan anaknya.. setiap ibu pasti gembira apabila anaknya sentiasa mendoakannya.. jika terdapat insan yang sudah kematian ibunya, ingatlah, untuk menziarah kuburnya, menyedekahkan surah Al-Fatihah kepadanya, mendoakannya di waktu siang dan malam.. tiada siapa yang mampu menggantikan tempat ibu.. tidak sama, punya beza..


Sekalipun, janganlah berkata 'ah'.. sekalipun, janganlah meninggi suara sewaktu berbicara.. kerana hati ibu pasti terluka.. setiap deraian air mata, tertusuk kata pada jiwa.. seorang ibu hanya memendam rasa.. hayatilah setiap pengorbanannya.. ucapkanlah kalimah 'Terima kasih, ibu".. jangan butakan hati.. jangan sampai menyesal di kemudian hari.. kelak merana setiap hari.. tidakkah terfikir, kehebatan seorang ibu?? terasa baru semalam ku pandai berjalan.. terasa baru semalam diri ini berlari di taman.. Tidak jemu ibu melayan kerenah anak-anak.. tidak jemu ibu menjawab, walau seribu kali anak bertanya.. adakah mampu kita berbuat sepertinya? sementara roh masih ada, sementara diri masih di dunia, berbuat baiklah dengan insan yang bergelar ibu.. pada bakal ibu, lengkapkanlah dirimu dengan ilmu.. bekalkan bakal anak-anakmu dengan didikan mengikut agamamu yang syumul ini (ISLAM).. moga-moga menjadi ibu yang solehah..  



June 6, 2011

::AdAmAyA::

Lirik lagu drama Adamaya iaitu Yang Terindah - DakMie

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
 
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
 
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
 
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
 
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
 
 
 Begitulah lirik dalam cerita cinta agung 'Adamaya' yang telah lama ditayangkan, tetapi, saya baru sahaja berkesempatan melihat cerita ini.  Cerita ini memberi iktibar kepada saya dan juga kepada seluruh penonton. Memang setiap cerita dan peristiwa ada "Pro n cons", tetapi, kita harus menilai dari sudut pandangan yang tepat dan bukan sahaja hanya menontonnya. Terpulang kepada setiap individu kerana setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari sudut intelek, fizikal, mahupun emosi. saya percaya, semua penonton begitu menghayati jalan cerita yang diketengahkan. Cerita ini mengisahkan kehidupan sebelum, semasa, dan sepanjang menempuh alam rumah tangga antara Adam dan Maya.. adam seorang lelaki yang sangat sabar dengan perangai isterinya. 
 
Karakter Adam;
Penyabar
Bertolak ansur
Romantik
Penyayang
Bertanggungjawab
Setia
Pemaaf
Pandai memasak
 
Karakter Maya:
Cepat marah
Tidak mudah mengalah
Pandai berahsia
Berani

Gandingan antara dua pelakon sangat mantap.. Penghayatan terhadap watak juga memberi impak kepada cerita..hingga saya juga mengalirkan air mata.. Jika diminta saya berlakon seperti mereka, belum tentu saya dapat melakukannya.. 
 
 

 
 

June 1, 2011

PBS: Episod 1

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah buat kali pertama.. di sinilah sekolah kedua saya selepas saya bersekolah tadika.. hehe.. nama sekolah ni SK SERI PULEH.. pengalaman berada di sekolah ni, memang sangat2 seronok n sepanjang berada di sekolah ni, memang banyak pengalaman dapat ditimba.. tambahan pula, dapat berjumpa dengan guru-guru yang pernah mengajar dahulu.. zaman muda2.. selama 5 hari, berada di sekolah, sangat teruja dengan gelagat murid-murid.. ada dua misi yang perlu dilaksanakan..

(1) Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(2) Tugasan Pengenalan Kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi

Terima kasih yang tidak terhingga buat rakan seperjuangan, Nur Hazira yang banyak membantu.. memang ceria bersama.. hehe kebetulan ada tiga orang guru pelatih lain yang turut menjalani PBS dan praktikum kat sekolah tu.. tq ibu, sebab sudi hantar setiap hari.. hari pertama, bagi ucapan kat perhimpunan.. lepas tu, pergi dgr taklimat daripada En Md Abas, GPK Pentadbiran.. Jumpa guru-guru dan murid-murid.. Terima kasih kerana banyak beri panduan.. pengalaman masuk kelas, wat kuiz.. ganti kelas, memang besh!! hehe ngajar bahasa arab, bm.. wah, seronoknya!!

Ada 1 peristiwa yang memang terkesan di hati.. satu hari, saya dan dua guru pelatih masuk ke kelas.. sewaktu saya meminta murid-murid memperkenalkan diri.. dan menyuruh murid bangun.. saya tidak peka akan seorang murid yang tidak berupaya untuk berdiri.. ketika itu, barulah saya baru tersedar "Seorang guru hendaklah PEKA akan murid-muridnya".

Para pendidik SKSP

Taman yang menjadi penyeri

Berbahaya!Awas!

Anak-anak muridku 3 Pintar

Peace

Senyum selalu

Dataran

Wah.....damainya...

Perhimpunan setiap pagi

Guru Pembimbing - En Rahim

Kelas PRA SEKOLAH

Hasil Kerja Murid 1

BBM 1

BBM 2

Hadiah untuk murid-murid

Cakk!!

Teman tapi mesra

Murid-murid PRA SEKOLAH

Guru Pelatih IPTHO

Sambutan Maulidur Rasul

Perarakan Maulidur Rasul

Barisan Para Guru

Tiga pemegang title 'Cikgu' yang cho......

FOURS

Kumpulan Kompang SKSP

Ibu dan Puan Hajah Amnon

Guru-guru yang berdedikasi
Kenangan yang tak mungkin ku lupakan.. moga SKSP terus maju jaya.. moga ketemu lagi ya! terima kasih pada anak-anak muridku yang sudi memberi hadiah, selalu sms.. jumpa kat luar pon selalu tegur cikgu.. alhamdulillah..moga PBS: Episod 2 sebest (ayat pe ntah) PBS: Episod 1..

Getaran jiwa

Ya...tidak terasa lamanya 1 semester.. pelbagai kenangan tercipta.. suka dan duka.. datang menerpa..  memang tidak terungkap semuanya.. sbg manusia, hidup ini perlu dilalui dengan seribu ketabahan, sejuta keyakinan.. walau besar ujian yang melanda. walau banyak nikmat yang diterima, kita mesti bersyukur pada-Nya.. jangan dinilai manusia hanya pada luaran sahaja, tapi, seharusnya, manusia tidak perlu melabel, mahupun menjatuhkan orang lain.. banyak perkara dan peristiwa yang membuatkan diri ini sedar akan sifat-sifat dan perwatakan manusia, pelbagai bentuk ujian yang diturunkan.. sebagai panduan dan pengajaran buat setiap insan.. kadang kala, diri ini alpa..diri ini terlupa.. untuk memuaskan hati setiap manusia, bukanlah suatu yang mudah.. timbul tanda tanya.. "adakah aku mahu berbicara atau mendengar sahaja atau diam seribu bahasa? apakah perkara yang sepatutnya aku lakukan? adakah wajar aku luahkan? atau adakah wajar aku simpan? kedua-duanya, pasti punya kesan..." baru ku sedar, mengapa di dunia ini ada manusia yang hilang semangat.. bagaimana pula insan yang sering ditimpa kesusahan.. penderitaan bukan hanya dilihat pada kekurangan harta benda, tapi, juga pada jiwa..

Adakah kita gembira jika memandang rakan berduka?? adakah kita gembira pabila rakan dihina?? adakah kita ceria jika kita mengata?? untuk mencari sahabat yang benar-benar ikhlas dalam persahabatan bukan seperti "Copy n paste', tetapi, seperti menggali mutiara di laut yang dalam.. begitu susah.. begitu payah.. mungkin terdapat insan yang tidak mempedulikan, tapi, percayalah, pasti akan temui kebahagiaan.. ibarat awan yang membawa hujan, akan diganti dengan sinaran mentari dan pelangi.. kadangkala terfikir, mengapa terdapat manusia yang tidak suka sekiranya orang lain berjaya.. semua manusia punya usaha.. untuk menggapai jaya.. cabaran sesukar mana pun, perlu ditempuh.. sehebat mana pun dugaan, pasti, tidak keseorangan.. kerana Allah tempat rintihan.. terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaanku.. Pada kesempatan ini, saya ingin kongsikan perjalanan saya sepanjang semester ini....

Januari 2011

03 Januari - Orientasi Pelajar Baharu Ambilan Januari 2011
04 Januari - Orientasi Pelajar Baharu Ambilan Januari 2011
05 Januari - Orientasi Pelajar Baharu Ambilan Januari 2011
06 Januari - Majlis Bacaan Yasin, Pelantikan AJK Aras, Mesyuarat KESPA kali Pertama
07 Januari - Persaraan Tuan Haji Omar bin Mamat (Ketua Jabatan HEP)
08 Januari - Pameran Chocolate di Midvalley
10 Januari - Perhimpunan pelajar
11 Januari - Mesyuarat KESPA kali Kedua
13 Januari - Mesyuarat PRS kali Pertama
17 Januari - Sambutan Maal Hijrah peringkat institut
18 Januari - Mesyuarat PRS kali Kedua
19 Januari - Perjumpaan Bina Insan Guru
20 Januari - Perjumpaan AJK Bina Insan Guru
25 Januari - Perjumpaan semua peserta Bina Insan Guru
27 Januari - Keputusan Semester lepas
28 Januari - Ulang tahun kelahiran bonda

Februari 2011

01 Februari - Cuti Hari Wilayah
07 Februari - Bina Insan Guru
08 Februari - Bina Insan Guru
09 Februari - Bina Insan Guru
10 Februari - Bina Insan Guru
14 Februari - Moyang kembali ke rahmatullah
15 Februari - Cuti Maulidur Rasul
17 Februari - Mesyuarat PRS kali Ketiga
21 Februari - Sambutan Maulidur Rasul
                   - Mesyuarat TITAS
24 Februari - Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rakan Sekelas
25 Februari - Kem Pembimbing Rakan Siswa
26 Februari - Kem Pembimbing Rakan Siswa
27 Februari - Kem Pembimbing Rakan Siswa
28 Februari - Rawatan

Mac 2011

02 Mac - Taklimat PBS
04 Mac - Lawatan TITAS
05 Mac - Lawatan TITAS
06 Mac - Lawatan TITAS
09 Mac - Lawatan Putrajaya
21 Mac - PBS
22 Mac - PBS
23 Mac - PBS
24 Mac - PBS
25 Mac - PBS
28 Mac - Mesyuarat Pidato Integriti

April 2011

01 April - Mesyuarat PRS
07 April - Mesyuarat Pidato Integriti
10 April - Pertandingan Pidato Integriti
11 April - Pertandingan Pidato Integriti
12 April - Pertandingan Pidato Integriti
16 April - Jamuan makan Malam
20 April - Seminar Pendidikan Pemulihan
22 April - Sukaneka JIP
25 April - Ujian Akhir Kursus
26 April - Mesyuarat Penulisan Kreatif
27 April - Pelancaran Buku dan Jumpa Sasterawan Negara (PWTC)
28 April - Penghasilan Buku Informasi

Mei 2011

07 Mei - Larian Guru 2011
09 Mei - Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Timb. Pengarah
12 Mei - Lawatan ke BPK
16 Mei - Hari Guru
19 Mei - Periksa FPM
23 Mei - Periksa PKK
24 Mei - Periksa Major
25 Mei - Periksa PKMBK
26 Mei - Mesyuarat AJK Sambutan Hari Guru


Moga semester depan lebih ceria dan bersemangat untuk merealisasi 10 azam bagi tahun ni.. teguhkan prinsip, jangan biarkan ia goyah hanya kerna jiwa yang resah.. go!go! chaiyo!!!!