June 16, 2011

Tiga buku.. tiga minggu..



Salam buat pembaca setia juga di luar sana.. saya memohon maaf kerana saya sudah lama tidak mengemaskini blog ini.. ermm tiga minggu cuti semester.. tiga buah buku telah dibaca.. alhamdulillah.. moga dapat memanfaatkannya.. sememangnya, buku adalah peneman setia.. tidak kira di mana jua.. tidak kira masa dan ketika.. 

Buku 1: Imam Syafie Pejuang Kebenaran

Buku karya Abdul Latip Talib menceritakan kisah mengenai Imam Syafie.. sudah pasti semua rakyat Malaysia juga rakyat di seantero dunia mengenalinya.. Beliau yang merupakan pengasas kepada Mazhab Syafie mempunyai kelebihan tersendiri. Ketika masih kecil, ayah beliau telah pergi menemui Ilahi. Beliau merupakan pejuang yang sering menegakkan kebenaran.. tidak kira di mana jua beliau berada.. Buku ini ibarat seperti sebuah novel kerana dikisahkan dalam bentuk penceritaan dialog.. Buku yang mengandungi 260 halaman ini sesuai dimiliki agar kita dapat mengetahui perjalanan dan perjuangan pengasas yang telah mengasaskan mazhab kita.. pepatah Melayu ada menyebut, 'tak kenal maka tak cinta'. jadi, biarpun beliau telah pulang ke rahmatullah pada malam Jumaat 28 Rejab tahun 204 hijrah, bersamaan 820 Masihi, kita boleh menelusuri catatan perjalanan suka dan duka dalam menempuh kehidupan melalui penggalian kisah di dalam buku ini.. Beliau seorang yang cerdik dan gigih, oleh itu, beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.. untuk mengetahui kisah selanjutnya, bolehlah membeli buku yang menarik ini.. ilmu itu tiada harganya..sangat bermakna..

Buku 2: Lembutkanlah Hatimu

Buku ini bagus dan berguna kepada kita kerana hidangan kata-katanya yang menusuk jiwa.. pembuktian melalui ayat-ayat Al-Quran sangat menepati apa yang diutarakan oleh penulis.. bukan mudah untuk melembutkan hati. hati boleh menjadi keras semacam batu dan lembut semacam kapas. banyak perkara yang kita lakukan adalah dipengaruhi oleh hati.. hati penggerak diri.. Buku yang mengandungi 216 halaman ini akan dapat melembutkan hati-hati jika dihayati dengan teliti.. jika mengubah diri dan identiti.. untuk membentuk insani sejati.. buku ini dapat dijadikan wadah dan katalis bagi menjadikan hati yang kotor, diuliti dosa untuk diubah sepertimana selaras dengan perintah-Nya.. manusia ini banyak bermain dengan hati.. mendengar kata hati.. jika kita lihat, penyakit pHD telah meracuni banyak hati.. disana sini.. menyebabkan terdapat insan yang menanggung kesengsaraan dan penderitaan yang susah untuk diungkapkan. banyak faktor yang menyumbang kepada penyakit ini.. antaranya, termasuklah kemewahan, kesenangan, kecantikan, kepandaian, dan percintaan.. ada manusia yang sengaja dan gembira jika melihat manusia lain terjebak dalam kesusahan.. moga kita sama-sama tidak terkena tempias jangkitan penyakit ini..

Buku 3: Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen

Buku yang saya beli sewaktu saya menghadirkan diri dalam pelancaran buku ini di PWTC pada 27 April yang lalu.. saya merasakan buku ini sesuai untuk dijadikan panduan bagi penulis muda untuk mengetengahkan bakat yang ada.. bakat menulis merupakan bakat yang dianugerahkan oleh Tuhan dan sewajarnya, manusia terpilih harus menggunakannya di jalan yang diredhai-Nya.. pengalaman-pengalaman para penulis hebat yang ada di negara kita seperti Nisah Haji Haron, Mawar Safei, Zaid Akhtar dikongsikan untuk tatapan generasi hari ini dan akan datang.. yang ingin menceburi bidang penulisan.. tidak salah untuk menulis.. tetapi perkara yang hendak ditulis haruslah mematuhi piawaian yang ditetapkan dan tidak 'hentam keromo' sahaja.. banyak kenangan yang turut diceritakan oleh penulis-penulis yang telah dipilih untuk menceritakan bagaimana barisan penulis tersebut menghasilkan sebuah cerpen.. rahsia-rahsia penulisan dikongsikan dan penulis-penulis memberi tips-tips untuk menghasilkan cerpen yang baik.. buku yang terdiri daripada 350 halaman ini tidak terhad kepada sesuatu golongan.. semua lapisan masyarakat boleh turut membeli dan membacanya.. 

No comments:

Post a Comment