December 30, 2011

Lambaian 2011

ASSALAMUALAIKUM semua.. SELAMAT SEJAHTERA.. Alhamdulillah,,kita sama-sama berpeluang bernafas di muka bumi ini.. Ingatlah siapa pencipta udara. lautan. Hutan, haiwan, jua tumbuh-tumbuhan. Puji dan lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Mudah-mudahan usia diberkati dan hidup dirahmati. Seperti yang kita tahu, hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2011. Esok 2012 bakal menjelma. Tahun demi tahun. Bulan demi bulan. Hari demi hari. Jam demi jam. Minit demi minit. Saat demi saat. Sentiasa bertukar dan berputar seperti taatnya putaran bumi. Mengeliling sang mentari tanpa henti. Usia kita juga kian bertambah. Adakah kita sedar, ada antara rakan-rakan kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Tidak sempat merasa angka sebaya dengan diri kita. Ingatlah hari dimana kita dihidupkan, kian berkurangan. 

Semester depan akan dilalui. Azam tahun baruku sudah tertulis. Ibu dan ayahku memberikan wang perbelanjaan barang-barang keperluan kepadaku dan kakakku. Begitu besar pengorbanan mereka. Tidak terkira. Saya bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan mereka kejayaan. Memang besar dan luas cabaran. Tetapi, kita perlu hadapi. Setiap insan punya harapan... Punya impian. Harapan dan impian yang ingin ditunaikan serta dikotakan. Siapa yang tidak gembira jika melihat orang tersayang ceria? Tentu kita gembira. Apabila ingin berjaya, perlu kuat semangat. Walau jatuh macammana sekali pun, bangkitlah. Perjuangan hendaklah diteruskan kerana masih ada sinar di hadapan. Jangan takut lakukan perubahan kerana orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa. 


Debaran Menunggu Keputusan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA saya ucapkan kepada semua.. Walaupun demam berlarutan, tapi, saya gagahkan untuk menulis sesuatu pada blog ini. Peperiksaan yang saya duduki semester lalu menentukan tahap pencapaian saya. Berdebar-debar rasa pabila senior2 sudah mendapat keputusan mereka. Ermm. Sekilas imbasan, saya teringat akan saat2 bergelumang dengan pelbagai kerja kursus dan amali. Tutorial. Rasa tak menang tangan untuk menyiapkan tugasan. Saya percaya, ramai bersengkang mata menelaah, mencari bahan-bahan untuk dimuatkan dalam tugasan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Hehe.. Teringat tatkala saya jadi panda!!! Kerana tidak tidur malam. Mata pun lebam. Hehe. Pergi ke kuliah, tapi mengantuk. Semua itu adalah pengorbanan dan saya berharap agar saya mendapat keputusan yang cemerlang. Semua orang pasti berusaha, kerana dengan usaha, kita berjaya.

Walaupun kesuntukan masa, dengan pelbagai aktiviti yang ada, dengan pelbagai kerja dalam satu masa, tetapi, alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Saya menerima keputusan dengan hati terbuka. Saya berdoa agar saya dan rakan-rakan dikurniakan keputusan yang dapat menggembirakan hati ibu dan ayah. Pengorbanan mereka tidak mampu dibalas. Sejuk hati mereka sekiranya kita mendapat keputusan yang baik. Buatlah sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh. Saya tidak nafikan, setiap pekerjaan ada cabaran dan seharusnya kita tabah menghadapinya. Berusahalah! Semoga berjaya...

December 29, 2011

Demam Melaka Wonderland

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA semua.. Bagaimana dengan hari-hari yang anda lalui? Harap ceria-ceria selalu. Ya? Ermm.. Saya pula tidak sihat.. Demam Melaka Wonderland.. Hehe.. Melaka Wonderland ini merupakan Taman Tema Air yang terletak di Ayer Keroh. Terdapat pelbagai permainan menarik yang terdapat di situ. Saya telah membawa makanan tengah hari dan menikmatinya di kawasan Tasik Ayer Keroh yang sangat mendamaikan. Lihatlah juadah yang dibawa... Sungguh lazat.

Makanan Tengah Hari
Setelah tiba di Melaka Wonderland, kami pun menyewa dua pelampung Double Tube. Kami terus menuju ke LAZY AND CRAZY RIVER. Tempat ini sesuai untuk berborak sambil merehatkan minda kerana airnya tenang sahaja. Selepas itu, kami pun pergi bermain ombak. Memang seronok, terutamanya apabila berada di tepi kolam. Gelak ketawa, mengindah suasana. Mengelakkan stres. Kami pun pergi bermain dua gelongsor. Hehe.. Main banyak kali. Best! Kami juga berkesempatan untuk bermain ‘GRANDFATHER”S CLOCK’. Waa.. Rasa mahu gugur jantung. Sangat mengerikan dan menakutkan. Huhuhuhuhuhu.. Turun melalui gelongsor yang sangat-sangat curam dan tinggi, kemudian, naik kembali, turun naik seperti pendulum. Huhu.. Gelongsor yang 90 degree. Tapi, memang seronok. Apabila kita cabar diri, naiklah keyakinan diri. Betul x?
 
Walaupun hujan, tapi, saya tetap redah. Seronok sangat. Muka jadi merah padam, hitam legam, dan akhirnya demam.. Huhu.. Airnya sejuk. Saya dilambung ombak yang tingginya 5 kaki. Tempat itu dinamakan 1 BIG WAVE. Hehe.. Tapi, kami tidak berpeluang merasai keseronokan bermain TORNADO CHASER kerana ditutup kerana hari hujan. Saya juga takut untuk menaiki ANACONDA TWIST dan THE KAMIKAZE RACER. Mungkin, selepas ini saya ingin berkunjung lagi ke sini.

MW 1

MW 2

MW 3

MW 4

MW 5

MW 6

December 25, 2011

Harapan dan Impian

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan.. Sihat? Harap begitulah.. Sihat..dirahmati dan diberkati.. Post kali ini bertajuk ‘Solehah’. Semua orang mempunyai perspektif dan pandangan masing-masing tentang solehah. Saya pasti, rakan-rakan perempuan tentu ingin menjadi solehah. Perempuan solehah adalah untuk lelaki yang soleh. Kamu, saya, dan dia juga ingin menjadi yang terbaik. Kecantikan dalaman dan luaran harus dijaga. Lahiriah dan rohaniah juga perlu diutama. Solehah itu mencerminkan keperibadian sebagai wanita sejati. Kita tentu terpana melihat seorang perempuan yang baik budi bahasa, lembut tutur kata, berakhlak mulia, dan dirinya tentu disenangi. Lihat sahaja wanita yang berpurdah, sangat mempesona jiwa yang melihatnya. Mereka tidak mahu kerana rupa menjadi bahana pada dirinya. Biarlah hanya ditatp oleh suami yang halal baginya. Bukankah Islam menggariskan yang terbaik buat umatnya... Segala yang telah disyariatkan mempunyai pelbagai hikmah tersendiri.

Sebagai contoh, wanita yang bertudung dapat menutup rambutnya dari panas terik sang mentari. Wanita yang memakai pakaian menutup aurat dapat menghindarkan diri dari menjadi mangsa lelaki. Kita sendiri mengetahui apa yang telah kita lakukan. Berapa banyak amal kita dalam sehari.. Saya sendiri sering mengenang peristiwa manis dan pahit yang telah saya lalui sepanjang berada di dunia ini selama 21 tahun. Teringat saya pada suatu riwayat;

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Kadangkala walau kita tahu, perkara yang kita lakukan itu adalah salah, namun, kita tidak endah. Jangan kerana kita tidak bersekolah agama, kita tidak tahu tentang agama. Ilmu agama boleh dicari. Asal ada usaha dalam diri.

Biar kita dihina dan dicerca, pabila melakukan perkara yang baik di dunia, tapi, lebih malu pabila diseksa di akhirat. Memang saya sendiri ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi, peluang untuk berubah, peluang untuk muhasabah, sentiasa ada. Saya berharap agar perkara-perkara yang negatif tidak berulang kembali. Bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja boleh berbicara tentang agama. Mungkin orang kata, lihat diri sendiri sebelum berkata-kata. Tapi, apa salahnya jika kita mampu mengubahnya. Mengubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Biarlah perubahan itu berterusan. Secara peribadi, saya menyokong rakan-rakan yang suka memakai jubah, bertudung labuh, kerana itu adalah lebih baik. Jika orang mengata dan berkata, belum tentu yang memakai tudung labuh itu tidak baik, pada saya, itu pemikiran yang salah.

Mereka yang memakai pakaian berkenaan adalah manusia biasa serta yang mengata juga manusia. Manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Mereka menutup aurat kerana hendak memenuhi syariat. Biar sahaja apa yang orang kata, selagi kita lakukan perkara yang betul, baik, dan mendapat pahala. Bukan manusia yang menjadi hakim tentang amalan kita, tapi, Allah jua yang menjadi hakimnya. Allah sangat suka orang bertakwa. Tentu anda juga pernah melihat keluarga muslim yang hidup bahagia dengan pasangan suami isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Saya percaya, rakan-rakan juga mengimpikan keluarga seperti itu,

Apabila hidup berpegang kepada agama, suami, isteri, mahupun anak-anak akan tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Biar seimbang dunia dan akhirat. Baru hidup penuh berkat. Kan lebih bagus sekiranya seseorang individu itu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, disamping ibadahnya juga terbilang. Seperti saya, saya adalah seorang anak, pelajar, rakan, dan hamba kepada Allah. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dijalankan dengan baik. Jika sebagai pemimpin dalam sesuatu kumpulan, pimpinlah orang yang dipimpin dengan sebaiknya. Jika bukan pemimpin dalam sesuatu kumpulan, taatlah pada pemimpin selagi pemimpin itu tidak melanggar hukum-hukum yang telah ditetapkan. Apa yang penting, kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri. Pemimpin itu perlulah adil, baik, jujur, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab. Moga saya berubah seperti gambar di bawah:


Moga impian jadi kenyataan

December 23, 2011

Majlis Tautan Ukhuwah

ASSALAMUALAIKUM.. Hmmm.. Bagaimana dengan hari anda? Baik-baik sahaja? Seperti yang anda tahu, post sebelum ini yang bertajuk Detik 23 September, membuatkan anda tertanya-tanya.. Apa sebenarnya yang berlaku?? Ermm.. sebenarnya 1 majlis berlangsung di teratak atok dan nenek. Majlis tersebut dinamakan MAJLIS TAUTAN UKHUWAH. Majlis itu dihadiri oleh sanak-saudara, adik-beradik belah ibu saya. Meriah sekali. Berjumpa dan beramah mesra sesama saudara dan majlis tersebut merapatkan ukhuwah antara kami. Bacaan Yasin dan tahlil ringkas turut diadakan. Kami juga menyediakan hidangan yang disumbangkan oleh setiap keluarga. Antara menu yang ada, termasuklah:

  • Sate
  • Ketupat
  • Sambal Udang
  • Lodeh
  • Bakso
  • Buah-buahan
  • Kek
  • Aiskrim
Bermacam-macam pengalaman, suka duka, dan cerita dikongsikan. Hehe. Biasalah.. Ada yang sudah berkerjaya, ada yang sudah berumah tangga, ada yang masih bergelar pelajar. Rasa gembira jelas terpancar di wajah masing-masing. Ukhuwah berjaya ditautkan, Alhamdulillah. Bukan mudah untuk mencipta keluarga bahagia jika tidak didasari dengan agama. Sekian

December 21, 2011

Cuti-Cuti Melaka

Ucapan ASSALAMUALAIKUM ditujukan buat semua rakan budiman.. Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi cerita, suka duka menjelajah negeri Melaka yang menerima pengiktirafan sebagai “Melaka World Heritage City UNESCO”. Sepanjang perjalanan menjelajah di negeri Melaka, bandaraya bersejarah, saya dapati negeri ini sungguh indah dan dapat menarik pengunjung untuk berkunjung ke negeri ini. Banyak tempat menarik yang menjadi tarikan pengunjung. Saya juga berpeluang melawat beberapa tempat. Kata orang, “Visit Historic Melaka Means Visit Malaysia”.

Dalam entri ini, saya akan berkongsi kepada anda tentang tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan kemudahan-kemudahan yang disediakan di Melaka. Antaranya, termasuklah:

  • Melaka Zoo & Night Zoo
  • Baba Nyonya Heritage Museum
  • Turtle Management Centre
  • Menara Taming Sari
  • The Maritime Museum Complex
  • Rumahku Muziumku
  • Melaka Straits Mosque
  • Tun Teja’s Mousoleum
  • Hang Jebat’s Mousoleum
  • Tun Abdul Ghafar Baba’s Gallery
  • Melaka Sultanate Palace
  • Melaka River Pirate Park
  • Kampung Morten
  • The Melaka Sultanate Watermill
  • Porta De Santiago
  • DMDI Museum
  • Bullock Cart
  • Proclaimation of Independence Memorial
  • Melaka River Cruise
  • Malaysia Youth Museum
  • Alor Gajah Museum
  • Kampung Hulu Mosque
  • Hang Li Poh’s Well
  • Melaka Chief Minister’s Gallery
  • Middlesburg
  • Crocodile & Recreation Park
  • Melaka Tropical Fruit Farm
  • Sunset Cruise
  • Melaka Wonderland
  • Melaka International Bowling Centre
  • Hot Spring
  • Book Village Malaysia Melaka
  • Melaka Batik House
  • Melaka Botanical Garden
  • Trishaw Ride
  • Golf
  • The Stadthyus Complex
  • Melaka Fashion City
  • Butterfly & Reptile Sanctuary
  • Homestay
  • Melaka Duck Tours
  • Pulau Besar
  • A’Famosa Resort
  • DMDI Shoppe
  • Bandaraya Mall
  • Balai Cerap Al-Khawarizmi
  • Melaka Sentral
  • Buggy Ride
Anda ingin melihat beberapa gambar menarik yang sempat saya ambil? Mari kita sama-sama amati=)

D'Village Resort

Taman Buaya & Rekreasi Air Keroh Melaka

Kawasan Rekreasi Tasik Ayer Keroh

Mydin Melaka

T-shirt Melaka

Planetarium Melaka