January 12, 2012

Inti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca setia.. Bagaimana dengan hari-hari mahu pun saat-saat yang anda lalui? Moga semuanya berjalan lancar. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai peristiwa yang saya alami baru-baru ini. Pertama, salah seorang rakan saya telah membelanjakan sebahagian duitnya untuk membayar makanan yang telah kami beli bersempena dengan hari kelahirannya. Tambahan pula, setiap kali rakan saya berjumpa dengan rakan yang lain, dia juga telah belanja rakan tersebut. Saya tekun memerhati gelagatnya. Dalam perjalanan pulang, dia telah membeli makanan lain. Sebaik sahaja baki wang dipulangkan, peniaga tersebut terus memberi banyak makanan kepadanya berikutan kedai peniaga tersebut akan tutup. Apa yang saya pelajari, Allah telah menggandakan rezekinya. Dia telah belanja rakan lain, Allah telah tambahkan rezekinya ketika itu juga.

Kedua, saya juga baru terfikir, selama ini, saya menggunakan kata panggilan iaitu ‘Nisa’. ‘Nisa’ bermaksud perempuan. Alangkah baiknya, jika saya meletakkan nama penuh atau ‘Khairun’ yang membawa maksud kebaikan. Ingatlah, hanya dengan panggilan, orang akan doakan kita kebaikan. Ibu bapa telah meletakkan nama yang indah untuk kita semua. Tentu ada sebabnya. Antaranta, termasuklah kerana maksud disebalik nama tersebut. Tidak salah andai orang memanggil kita dengan panggilan yang kita suka, Tetapi, biarlah maksud disebalik nama kita adalah baik. Tentu kita semua mahu jika orang lain mendoakan kebaikan untuk diri kita. Betul x?

Setelah saya mendengar salah seorang guru saya menceritakan pahit manis perjuangan beliau untuk merealisasikan impiannya, telah membuatkan air mata saya menitis. Begitu banyak ujian dan cabaran yang beliau tempuh sepanjang meniti perjalanan untuk merealisasikan impian agar menjadi kenyataan. Saya petik kata-kata beliau iaitu ‘Apabila berada di tempat yang tinggi, janganlah lupa melihat ke bawah’. Benarlah! Untuk mencapai kejayaan, bukanlah suatu yang mudah. Motivasi dan semangat meneruskan perjuangan dalam pendidikan amat penting, Kesuntukan masa, kerja yang bertimbun, serta tanggungjawab yang perlu digalas janganlah menjadi alasan untuk kita mencapai kemajuan. Kita belajar tinggi2, bukan untuk kepuasan orang lain, tapi, kepuasan kendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Janganlah ragu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Carilah ilmu yang baik, bertemulah dengan insan-insan yang mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Ingat! Kita bukan hendak hidup sehari dua, bersenang-lenang tanpa berusaha. Jangan sia-siakan pengorbanan kedua-dua ibu bapa kita. Saya berdoa agar kita semua mendapat keredhaan dalam setiap kerja yang kita lakukan. Salam Perjuangan Buat Semua..  

January 10, 2012

Cabaran Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.. Ya.. Kesibukan kuliah dan kekangan masa kadang kala membuatkan diri ini tidak berkesempatan menulis di sini. Penganjuran forum dan lawatan yang berkaitan Disleksia akan dijalankan. Malah, sebelum ke sekolah pilihan, saya dan rakan-rakan sekelas sedang menyiapkan ujian diagnostik. Bagaimana saya yang dilahirkan dalam generasi ‘Y’ akan berhadapan dengan generasi ‘Z’. Generasi ‘Z’ adalah generasi yang duduk dihadapan komputer sahaja, tidak mengenal dan menjalin hubungan yang rapat dengan saudara-mara, dan mempunyai pengetahuan meluas tentang sesuatu perkara. Sememangnya, guru alaf baru memainkan peranan penting dalam menjadi agen perubahan dan sosialisasi bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejujurnya, bagi saya, seseorang guru itu perlulah bersedia menghadapi cabaran para pelajar masa kini.
Dalam konteks pendidikan, profesion perguruan merupakan profesion yang menjadi keutamaan dalam menjana para pelajar yang seimbang dari pelbagai sudut, terutamanya, akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Jika mahukan pelajar berketerampilan, guru harus menunjukkan teladan. Jika mahukan pelajar berbudi bahasa, guru harus mengamalkannya. Sudah terang lagi bersuluh, minat yang mendalam dalam profesion perguruan ini harus disemai. Apabila berkata sedemikian, saya berikan contoh terdekat iaitu diri saya sendiri. Sejak kecil, minat dan cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru. Apabila adanya minat, akan wujudlah kemanisan dalam pekerjaan. Kita akan berusaha ke arah kecemerlangan,
Walau dalam apa jua pekerjaan pun yang kita ceburi, kita harus meminati bidang tersebut. Setiap insan punya cita-cita, minat, dan kecerdasan tersendiri. Menurut Dr. Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983, beliau menyatakan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan. Antaranya, termasuklah verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal, muzik, kinestatik, dan visual-ruang. Jadi, kita harus mengetahui jenis kecerdasan kita bagi menentukan kerjaya yang hendak kita ceburi. Dalam bidang pendidikan juga, guru akan mengajar murid dengan menerapkan kecerdasan pelbagai bagi melahirkan para pelajar yang cerdas berdasarkan minat para pelajar. Jadi, kenali diri dengan lebih mendalam. Siapa diri anda yang sebenar? Apa kebolehan dan kelebihan yang anda ada? Apa kelemahan anda? Jika punya kelebihan, kita boleh kongsikan dan bantu orang lain. Jika ada kelemahan, atasilah dengan sebaik-baiknya..=)

January 6, 2012

Cenderamata

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua.. Sudah lama saya tidak post sesuatu di sini.. Ya.. pabila kembali ke kuliah, memang banyak lah kerja. Hari pertama sahaja sudah ada pelbagai tugasan diberi. Tak cukup tangan dibuatnya.. Hehe..pinjam Doraemon lah. Nak minta Doraemon tunaikan permintaan saya.. Leh tak gitu? Hehe.. Di sini, saya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada sepupu dan kawan-kawan yang sudi memberi hadiah dan cenderamata kepada saya. Ada sepupu melancong di perak, ada rakan yang pergi ke Cameron Highland, Filipina, Sarawak, dan sebagainya. Terima kasih ya.. Ada lagi satu hadiah lolipop. Tapi, saya dah makan. Tak sempat upload. Lolipop strawberry tu jiran bilik yang bagi. Hehe. Terima kasih sepupu dan kawan-kawan..Sayang kamu..=)