January 12, 2012

Inti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca setia.. Bagaimana dengan hari-hari mahu pun saat-saat yang anda lalui? Moga semuanya berjalan lancar. Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai peristiwa yang saya alami baru-baru ini. Pertama, salah seorang rakan saya telah membelanjakan sebahagian duitnya untuk membayar makanan yang telah kami beli bersempena dengan hari kelahirannya. Tambahan pula, setiap kali rakan saya berjumpa dengan rakan yang lain, dia juga telah belanja rakan tersebut. Saya tekun memerhati gelagatnya. Dalam perjalanan pulang, dia telah membeli makanan lain. Sebaik sahaja baki wang dipulangkan, peniaga tersebut terus memberi banyak makanan kepadanya berikutan kedai peniaga tersebut akan tutup. Apa yang saya pelajari, Allah telah menggandakan rezekinya. Dia telah belanja rakan lain, Allah telah tambahkan rezekinya ketika itu juga.

Kedua, saya juga baru terfikir, selama ini, saya menggunakan kata panggilan iaitu ‘Nisa’. ‘Nisa’ bermaksud perempuan. Alangkah baiknya, jika saya meletakkan nama penuh atau ‘Khairun’ yang membawa maksud kebaikan. Ingatlah, hanya dengan panggilan, orang akan doakan kita kebaikan. Ibu bapa telah meletakkan nama yang indah untuk kita semua. Tentu ada sebabnya. Antaranta, termasuklah kerana maksud disebalik nama tersebut. Tidak salah andai orang memanggil kita dengan panggilan yang kita suka, Tetapi, biarlah maksud disebalik nama kita adalah baik. Tentu kita semua mahu jika orang lain mendoakan kebaikan untuk diri kita. Betul x?

Setelah saya mendengar salah seorang guru saya menceritakan pahit manis perjuangan beliau untuk merealisasikan impiannya, telah membuatkan air mata saya menitis. Begitu banyak ujian dan cabaran yang beliau tempuh sepanjang meniti perjalanan untuk merealisasikan impian agar menjadi kenyataan. Saya petik kata-kata beliau iaitu ‘Apabila berada di tempat yang tinggi, janganlah lupa melihat ke bawah’. Benarlah! Untuk mencapai kejayaan, bukanlah suatu yang mudah. Motivasi dan semangat meneruskan perjuangan dalam pendidikan amat penting, Kesuntukan masa, kerja yang bertimbun, serta tanggungjawab yang perlu digalas janganlah menjadi alasan untuk kita mencapai kemajuan. Kita belajar tinggi2, bukan untuk kepuasan orang lain, tapi, kepuasan kendiri untuk melengkapkan diri dengan ilmu. Janganlah ragu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Carilah ilmu yang baik, bertemulah dengan insan-insan yang mengetahui sesuatu bidang dengan lebih mendalam. Ingat! Kita bukan hendak hidup sehari dua, bersenang-lenang tanpa berusaha. Jangan sia-siakan pengorbanan kedua-dua ibu bapa kita. Saya berdoa agar kita semua mendapat keredhaan dalam setiap kerja yang kita lakukan. Salam Perjuangan Buat Semua..  

No comments:

Post a Comment