January 10, 2012

Cabaran Pendidikan

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera.. Ya.. Kesibukan kuliah dan kekangan masa kadang kala membuatkan diri ini tidak berkesempatan menulis di sini. Penganjuran forum dan lawatan yang berkaitan Disleksia akan dijalankan. Malah, sebelum ke sekolah pilihan, saya dan rakan-rakan sekelas sedang menyiapkan ujian diagnostik. Bagaimana saya yang dilahirkan dalam generasi ‘Y’ akan berhadapan dengan generasi ‘Z’. Generasi ‘Z’ adalah generasi yang duduk dihadapan komputer sahaja, tidak mengenal dan menjalin hubungan yang rapat dengan saudara-mara, dan mempunyai pengetahuan meluas tentang sesuatu perkara. Sememangnya, guru alaf baru memainkan peranan penting dalam menjadi agen perubahan dan sosialisasi bagi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejujurnya, bagi saya, seseorang guru itu perlulah bersedia menghadapi cabaran para pelajar masa kini.
Dalam konteks pendidikan, profesion perguruan merupakan profesion yang menjadi keutamaan dalam menjana para pelajar yang seimbang dari pelbagai sudut, terutamanya, akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Jika mahukan pelajar berketerampilan, guru harus menunjukkan teladan. Jika mahukan pelajar berbudi bahasa, guru harus mengamalkannya. Sudah terang lagi bersuluh, minat yang mendalam dalam profesion perguruan ini harus disemai. Apabila berkata sedemikian, saya berikan contoh terdekat iaitu diri saya sendiri. Sejak kecil, minat dan cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru. Apabila adanya minat, akan wujudlah kemanisan dalam pekerjaan. Kita akan berusaha ke arah kecemerlangan,
Walau dalam apa jua pekerjaan pun yang kita ceburi, kita harus meminati bidang tersebut. Setiap insan punya cita-cita, minat, dan kecerdasan tersendiri. Menurut Dr. Howard Gardner yang telah memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983, beliau menyatakan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan. Antaranya, termasuklah verbal-linguistik, intrapersonal, interpersonal, muzik, kinestatik, dan visual-ruang. Jadi, kita harus mengetahui jenis kecerdasan kita bagi menentukan kerjaya yang hendak kita ceburi. Dalam bidang pendidikan juga, guru akan mengajar murid dengan menerapkan kecerdasan pelbagai bagi melahirkan para pelajar yang cerdas berdasarkan minat para pelajar. Jadi, kenali diri dengan lebih mendalam. Siapa diri anda yang sebenar? Apa kebolehan dan kelebihan yang anda ada? Apa kelemahan anda? Jika punya kelebihan, kita boleh kongsikan dan bantu orang lain. Jika ada kelemahan, atasilah dengan sebaik-baiknya..=)

No comments:

Post a Comment