May 28, 2012

Tamatnya Semester Tiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Maaf kerana sudah lama tidak menaip di blog ini.. Kesibukan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan, mengadakan pameran, dan bermacam-macam lagi menyebabkan saya tidak berkesempatan menaip malah melihat blog ini.. Semester ini juga pelbagai subjek dipelajari.. dan banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang berada pada semester ini.. Terima kasih yang tidak terhingga buat para pensyarah yang sedia memberi tunjuk ajar berguna.. hehe melayan saya yang banyak bertanya.. kepada rakan-rakan.. terima kasih juga diucapkan.. Baucer RM200 kepada setiap pelajar IPG juga digunakan untuk membeli alat tulis dan buku2 sangat bermakna bagi diri saya.. 

Setiap orang punya pengalaman berbeza-beza.. Tidak sama.. Walau kita lalui hari ISNIN, SELASA, RABU, dan sebagainya, tetapi, kita akan memperoleh pengajaran, pengalaman, yang pelbagai.. kan2? Dunia ini penuh dengan warna-warni dan manusia itu saling lengkap-melengkapi.. Jika seseorang itu punya kelebihan, boleh dikongsikan dengan yang lain dan jika seseorang itu punya kelemahan, boleh meminta bantuan daripada orang lain. Dalam hidup ini, kita haruslah berusaha untuk melakukan yang terbaik, berfikir sebelum bertindak, jadikan hari esok lebih baik.. Sekali pun kita gagal dalam perjuangan, sekali pun kita tidak mencapai apa yang diimpikan, tetapi, apa yang lebih penting, semangat kita untuk terus berjuang dan bangkit tetap ada (motivasi intrinsik).. Jangan jadikan kemiskinan sebagai bebanan, jangan jadikan kekurangan sebagai halangan.. tetapi, usahakanlah.. berdoa dan terus berdoa.
Sekiranya ada dalam kalangan rakan kita, berjaya, maka, kita harus gembira dengan kejayaannya. jika ada dalam kalangan rakan kita, kurang berjaya, maka, kita harus membangkitkan semangatnya.. Jaga tutur kata agar tidak menyentuh hatinya.. Agar dirinya tidak terasa hina.. Walaupun kita berada di atas menara gading, ingatlah orang yang berada di bawah menara.. Ajarlah mereka cara untuk berjaya.. Lebih manis andai kejayaan itu dikongsi bersama.. Setiap orang telah ditentukan rezekinya.. Jadi, terimalah dengan hati terbuka.. Sekiranya kita berjaya, kejayaan itu satu ujian.. Sekiranya kita gagal, kegagalan itu juga satu ujian. Dunia ini penuh pancaroba dan tipu daya.. Berhati-hatilah agar tidak diperdaya.. Kematangan seseorang itu bukan dilihat dari segi umurnya sahaja, malah cara berfikir juga menunjukkan tahap kematangan seseorang. Bicara malam ini sampai di sini sahaja.. Mata sudah letih.. Sebelum mengakhiri, saya ingin berkongsi, satu buku yang bakal dihasilkan.. Buku ini merupakan hasil karya ahli Kelab Penulisan Kreatif.. Saya juga telah menghantar karya dan tajuk karya saya telah dipilih untuk dijadikan tajuk buku ini.. Jom kita lihat:
~ RUNTUHNYA EMPAYAR CINTA ~