December 25, 2011

Harapan dan Impian

ASSALAMUALAIKUM kawan-kawan.. Sihat? Harap begitulah.. Sihat..dirahmati dan diberkati.. Post kali ini bertajuk ‘Solehah’. Semua orang mempunyai perspektif dan pandangan masing-masing tentang solehah. Saya pasti, rakan-rakan perempuan tentu ingin menjadi solehah. Perempuan solehah adalah untuk lelaki yang soleh. Kamu, saya, dan dia juga ingin menjadi yang terbaik. Kecantikan dalaman dan luaran harus dijaga. Lahiriah dan rohaniah juga perlu diutama. Solehah itu mencerminkan keperibadian sebagai wanita sejati. Kita tentu terpana melihat seorang perempuan yang baik budi bahasa, lembut tutur kata, berakhlak mulia, dan dirinya tentu disenangi. Lihat sahaja wanita yang berpurdah, sangat mempesona jiwa yang melihatnya. Mereka tidak mahu kerana rupa menjadi bahana pada dirinya. Biarlah hanya ditatp oleh suami yang halal baginya. Bukankah Islam menggariskan yang terbaik buat umatnya... Segala yang telah disyariatkan mempunyai pelbagai hikmah tersendiri.

Sebagai contoh, wanita yang bertudung dapat menutup rambutnya dari panas terik sang mentari. Wanita yang memakai pakaian menutup aurat dapat menghindarkan diri dari menjadi mangsa lelaki. Kita sendiri mengetahui apa yang telah kita lakukan. Berapa banyak amal kita dalam sehari.. Saya sendiri sering mengenang peristiwa manis dan pahit yang telah saya lalui sepanjang berada di dunia ini selama 21 tahun. Teringat saya pada suatu riwayat;

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)
Kadangkala walau kita tahu, perkara yang kita lakukan itu adalah salah, namun, kita tidak endah. Jangan kerana kita tidak bersekolah agama, kita tidak tahu tentang agama. Ilmu agama boleh dicari. Asal ada usaha dalam diri.

Biar kita dihina dan dicerca, pabila melakukan perkara yang baik di dunia, tapi, lebih malu pabila diseksa di akhirat. Memang saya sendiri ada melakukan perkara yang tidak sepatutnya, tetapi, peluang untuk berubah, peluang untuk muhasabah, sentiasa ada. Saya berharap agar perkara-perkara yang negatif tidak berulang kembali. Bukan hanya ustaz dan ustazah sahaja boleh berbicara tentang agama. Mungkin orang kata, lihat diri sendiri sebelum berkata-kata. Tapi, apa salahnya jika kita mampu mengubahnya. Mengubah dari yang tidak baik kepada yang baik. Biarlah perubahan itu berterusan. Secara peribadi, saya menyokong rakan-rakan yang suka memakai jubah, bertudung labuh, kerana itu adalah lebih baik. Jika orang mengata dan berkata, belum tentu yang memakai tudung labuh itu tidak baik, pada saya, itu pemikiran yang salah.

Mereka yang memakai pakaian berkenaan adalah manusia biasa serta yang mengata juga manusia. Manusia memang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Mereka menutup aurat kerana hendak memenuhi syariat. Biar sahaja apa yang orang kata, selagi kita lakukan perkara yang betul, baik, dan mendapat pahala. Bukan manusia yang menjadi hakim tentang amalan kita, tapi, Allah jua yang menjadi hakimnya. Allah sangat suka orang bertakwa. Tentu anda juga pernah melihat keluarga muslim yang hidup bahagia dengan pasangan suami isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Saya percaya, rakan-rakan juga mengimpikan keluarga seperti itu,

Apabila hidup berpegang kepada agama, suami, isteri, mahupun anak-anak akan tahu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Biar seimbang dunia dan akhirat. Baru hidup penuh berkat. Kan lebih bagus sekiranya seseorang individu itu berjaya mendapat keputusan yang cemerlang, disamping ibadahnya juga terbilang. Seperti saya, saya adalah seorang anak, pelajar, rakan, dan hamba kepada Allah. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dijalankan dengan baik. Jika sebagai pemimpin dalam sesuatu kumpulan, pimpinlah orang yang dipimpin dengan sebaiknya. Jika bukan pemimpin dalam sesuatu kumpulan, taatlah pada pemimpin selagi pemimpin itu tidak melanggar hukum-hukum yang telah ditetapkan. Apa yang penting, kita adalah pemimpin bagi diri kita sendiri. Pemimpin itu perlulah adil, baik, jujur, berakhlak mulia, dan bertanggungjawab. Moga saya berubah seperti gambar di bawah:


Moga impian jadi kenyataan

No comments:

Post a Comment