December 30, 2011

Lambaian 2011

ASSALAMUALAIKUM semua.. SELAMAT SEJAHTERA.. Alhamdulillah,,kita sama-sama berpeluang bernafas di muka bumi ini.. Ingatlah siapa pencipta udara. lautan. Hutan, haiwan, jua tumbuh-tumbuhan. Puji dan lafaz kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya. Mudah-mudahan usia diberkati dan hidup dirahmati. Seperti yang kita tahu, hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2011. Esok 2012 bakal menjelma. Tahun demi tahun. Bulan demi bulan. Hari demi hari. Jam demi jam. Minit demi minit. Saat demi saat. Sentiasa bertukar dan berputar seperti taatnya putaran bumi. Mengeliling sang mentari tanpa henti. Usia kita juga kian bertambah. Adakah kita sedar, ada antara rakan-rakan kita yang telah pergi meninggalkan kita.. Tidak sempat merasa angka sebaya dengan diri kita. Ingatlah hari dimana kita dihidupkan, kian berkurangan. 

Semester depan akan dilalui. Azam tahun baruku sudah tertulis. Ibu dan ayahku memberikan wang perbelanjaan barang-barang keperluan kepadaku dan kakakku. Begitu besar pengorbanan mereka. Tidak terkira. Saya bertekad belajar bersungguh-sungguh untuk menghadiahkan mereka kejayaan. Memang besar dan luas cabaran. Tetapi, kita perlu hadapi. Setiap insan punya harapan... Punya impian. Harapan dan impian yang ingin ditunaikan serta dikotakan. Siapa yang tidak gembira jika melihat orang tersayang ceria? Tentu kita gembira. Apabila ingin berjaya, perlu kuat semangat. Walau jatuh macammana sekali pun, bangkitlah. Perjuangan hendaklah diteruskan kerana masih ada sinar di hadapan. Jangan takut lakukan perubahan kerana orang yang gagal adalah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa. 


No comments:

Post a Comment