June 17, 2011

Penjelajahan 7 Benda Ajaib di Dunia..

Syukur kerana kita masih mampu bernafas lagi di bumi ini.. berjalan-jalan di atas hamparan daratan.. dengan kurniaan, rezeki pemberian.. kurnian-Nya.. entri kali ini akan membawa anda ke 7 tempat ajaib di dunia yang telah dipilih melalui undian yang ditetapkan oleh LISBON OFFICIAL DECLARATION OF THE NEW 7 WONDERS OF THE WORLD. Saya inginkan penjelajahan menarik dan sukakan pengembaraan melihat sejarah dan cuba untuk menyelak lembaran sejarah yang tercatat. Tetapi, banyak perkara yang perlu diambil kira kerana sumber bacaan dan pengetahuan perlulah daripada sumber yang sahih dan nyata kebenarannya.. 

CHICHEN ITZA, MEXICO

  Sesiapa sahaja yang pergi berkunjung ke Mexico, anda bolehlah lawati Chichen Itza yang merupakan tapak Peradaban Maya yang wujud pada abad 800 SM. Chichen Itza yang penuh bersejarah ini dipercayai sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan. Nama Chichen Itza pun bererti di bibir mata air rakyat dalam bahasa Indian setempat dan  berkembang menjadi pusat pemerintahan dan ekonomi kebudayaan Maya. Chichen Itza merupakan simbol pemujaan dan ilmu pengetahuan. Raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yucatan bersama pasukannya telah mendirikan tapak ini.


CHRIST REDEEMER, BRASIL

 Christ Redeemer ini terletak di Rio De Janeiro yang juga dikenali sebagai Sungai Januari. Patung itu sangat tinggi iaitu mencecah 710 meter.. Tinggi, bukan? dan beratnya adalah seberat 635 tan.. cuba anda bayangkan, sekiranya 1 tan menyamai 1000kg, kalau 635 tan? wahh..kali 1000..berat, kan? Patung ini berdiri sambil menghulurkan tangan sebagai lambang memberikan semangat dan keaktifan bandar tersebut.Jangka masa untuk menyiapkan patung ini adalah selama 5 tahun dan arkitek yang membuatnya dikenali dengan nama Heitor da Silva Costa.

COLOSSEUM, ITALY


Sekiranya anda memilih Itali sebagai lokasi percutian atau berbulan madu anda, anda bolehlah singgah melihat Colosseum ini. Colosseum ini adalah bangunan yang dibina sewaktu Zaman Flavian, dan ianya juga dikenali sebagai Flavian Ampitheatre. Nama Colosseum ini berasal daripada kewujudan sebuah patung gangsa yang dinamakan Colossus of Nero yang didirikan oleh Emperor Nero berdekatan ampitheatre ini. Adakah ingat lagi sewaktu kita mempelajari subjek Sejarah di sekolah menengah dahulu? yang mengatakan bahawa Colosseum merupakan tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan. alangkah indah jika kita berpeluang menyaksikannya.. bukan hanya di kaca TV atau dengar di radio sahaja, tetapi, lihat dengan mata kurniaan Ilahi.
 
GREAT WALL OF CHINA


Great Wall of China ini, saya juga belum lagi lawati.. bagaimana dengan anda? ternyata, Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Adakah anda tahu bahawa Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Lagi jauh berbanding Larian Guru 2011 di maktab saya Mei lalu. Mesti seronok kan..  

MACCHU PICCHU, PERU

Pada semester tiga yang lepas, sewaktu saya menghadiri kuliah Bahasa Inggeris, saya telah diberi petikan mengenai gunung ini. Pensyarah saya menyuruh saya melihat gambar tersebut. Saya lihat biasa sahaja.. Rupa-rupanya, gunung tersebut kelihatan seperti muka manusia.. cuba anda perhatikan.. gunung Macchu Picchu ini juga dikenali sebagai Gunung Tua atau Kota Inca yang hilang.. Ketinggiannya pula adalah sekitar 2350 m dari permukaan laut. Pada tahun 1911, seorang ahli arkeologi bernama Yale Hiram Bingham III telah menemukan Kota Kerajaan Inca.. anda boleh lihat pada gambar di atas untuk melihat kerajaan tersebut..begitu unik, kan? 
PETRA, JORDAN

Wahh..ajaib kan.. hehe.. tapi, nothing is impossible.. Petra merupakan sebuah kota kecil di Provinsi Ma’an, sekitar 200 kilometer selatan Amman, ibu kota Jordan. Petra ini terletak di kawasan Lembah Wadi Musa. Dalam bahasa Arab, Wadi Musa bererti Mata Air Musa. Petra (dalam bahasa Yunani bererti batu dan bahasa Arab iaitu al-bitra) adalah sebuah tapak arkeologi di Jordan. Petra merupakan ibu kota Kerajaan Nabatean yang didirikan pada 9 M– 40 M oleh Raja Aretas IV. Petra ini dijadikan sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan selamat dari bencana alam seperti badai pasir. Suku Nabatean membangun Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota sehingga mencegah banjir mendadak. Memang masyarakat zaman dahulu mengatasi masalah dengar cara yang tersendiri..

TAJ MAHAL, INDIA

Saya berkesempatan melawat Taman Tamadun Islam di Terengganu pada Mac yang lalu.. untuk melaksanakan kajian bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia.. saya juga berpeluang bergambar di replika masjid ini.. walau belum lagi menjejakkan kami ke sana, tetapi, gembira juga bergambar bersama replikanya.. hehe.. macam betul..Untuk pengetahuan semua, Taj Mahal terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Tempat ini diabadikan untuk membuktikan cinta yang agung oleh Shah Jahan terhadap Mumtaz Mahal. Taj Mahal mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648. Terdapat juga masyarakat yang menyebut Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja dan ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Apabila pada air, terdapat dua Taj Mahal.. 

No comments:

Post a Comment