November 27, 2011

Azam 2011


ASSALAMUALAIKUM..Ucapan salam ditujukan pada semua yang sudi melawat blog ini..Sudah lama tidak menjengah ke sini..bersawang..maka kerja2 pembersihan perlu dilakukan.. kesuntukan masa kerana pelbagai cabaran jua dugaan dilalui sepanjang berada pada semester ini.. alhamdulillah berjaya juga menamatkan kehidupan sebagai pelajar semester dua tahun pertama ini.. Baru sahaja pulang, sudah pergi majlis bertunang.. bertunang?? siapa yang bertunang?? hehe.. yang pasti, bukan pemilik blog ini.. pejam celik, pejam celik, bulan disember kian tiba. 2012 akan menjelma..salam maal hijrah buat semua.. bagaimana dengan azam 2011 anda?? sudahkah digapai?? sudahkah tercapai?? bukan mudah untuk merealisasikannya..jika kita tidak berusaha! ya!! saya juga punya azam.. berapa ye azam saya??sepuluh azam jumlah kesemuanya..tapi, tiga sahajalah saya kongsi bersama-sama ya..
1. Ingin mendapat 3.90 ke atas
Memang sukar untuk memperolehinya..tapi, bukan suatu yang mustahil.. Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Allah, kerana mengurniakan kejayaan kepada daku, hambaMu.. terima kasih pada kedua-dua ibu bapaku, kakak serta adikku, para pensyarah, rakan-rakan, bekas guru-guruku, saudara-maraku yang sentiasa mendoakan kejayaanku, memberikan sokongan dan galakan kepadaku untuk terus maju ke hadapan.. walau dugaan begitu besar, walaupun cabaran begitu mencabar, tetapi, Alhamdulillah syukur.. kejayaan yang ku peroleh adalah hadiah untuk kedua-dua ibu bapaku.. 

 
2. Proaktif dalam kurikulum dan kokurikulum
Ya..bukan mudah untuk bergerak seiring dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.. Sewaktu memperoleh tugasan, disamping masa yang diperuntukkan melaksanakan tugas dalam sesebuah program, haruslah diatur dengan baik. Berkorban masa dan tenaga sangat diperlukan. Lebih-lebih lagi, bagi menjayakan suatu program dan di waktu itulah tugasan perlu dihantar. Sememangnya, secara peribadi, tugasan individu memang lebih mudah diurus kerana masa dan usaha terpulang pada cara kita. Sepanjang tahun ini, saya telah melibatkan diri dalam:
a) Urusetia Pertandingan Pidato Integriti (Kebangsaan)
b) Pengerusi Kelab Penulisan Kreatif
c) Bendahari Kelab Pembimbing Rakan Siswa
d) Setiausaha Bina Insan Guru Fasa 1
e) AJK Lawatan Profesional dan Seminar (Pemulihan)
f) AJK Buku Program Hari Guru
g) AJK Teater Hikayat Indahawata
h) AJK Pertandingan Piala Dato Asariah

 
3. Kesetiaan dalam perhubungan
Perhubungan?? Tidak kira bersama rakan atau teman.. Bukan mudah untuk setia.. Dalam perhubungan, kadang manis, masam, pahit..hehe..masin pun ada.. Tapi, kecerdasan interpersonal diperlukan dalam kehidupan.. Untuk mencari rakan atau teman yang seiring sejalan bukanlah seperti memakan nasi dan sayur (Pe plak kaitannya perhubungan ngan makanan? Pape jela..hehe), tapi, bila dah jumpa, eratnya rasa.. carilah lebih seribu kawan, tapi satu sahaja teman.. teman sepanjang hayat.. azam saya, nak setia dalam perhubungan..  mungkin azam yang ni, separuh je tercapai.. usaha lagi ya!!!

No comments:

Post a Comment