November 30, 2011

Gurindam

ASSALAMUALAIKUM..Buat semua pembaca setia.. harap sihat sejahtera ya! Dalam entri kali ini, saya ingin memuatkan satu gurindam yang telah saya cipta ketika berada di Program Persediaan Semester 2. Saya menjumpai gurindam tersebut ketika mengemas buku-buku saya. Gurindam merupakan puisi Melayu lama yang dibaca dengan caranya tersendiri. Terdapat pelbagai gurindam yang menarik dan mempunyai kata-kata yang menenangkan jiwa. Maaf, sekiranya ada tersalah kata.. Gurindam saya bertajuk ‘JIKA KITA SEBAGAI PELAJAR’.


Jika Kita Sebagai Pelajar
Jika kita sebagai pelajar
Tuntutlah ilmu dengan sabar
Menuntut ilmu suatu kewajipan
Pasti cerah masa hadapan.

Jika kita sebagai pelajar
Janganlah takut janganlah gentar
Membaca buku jadikan amalan
Rajin dan usaha tangga kejayaan.

Jika kita sebagai pelajar
Laksana apa yang diajar
Doa guru amat bererti
Supaya menjadi insan sejati.

Jika kita sebagai pelajar
Janganlah lupa untuk belajar
Galilah ilmu sepanjang hayat
Barulah hidup penuh manfaat.

Jika kita sebagai pelajar
Mesti berfikir dengan wajar
Usah alpa taati guru
Jasa mereka dikenang selalu..

Jika kita sebagai pelajar
Patuhlah segala adat belajar
Apa guna menuntut ilmu
Kalau tidak diamal selalu.

Karya asli: Ayunnissa


No comments:

Post a Comment