November 30, 2011

Sedar Kerana Belajar

ASSALAMUALAIKUM.. apa khabar?? Saya berharap kalian semua sihat dan baik-baik sayang.. eh, sahaja..hehe..cuba anda lihat tajuk apa yang saya post kali ini..Ya!!Kita semua sedar kerana kita belajar..Sejak lahir, kita telah didedahkan dengan pelbagai jenis alat mainan, bahan bacaan, dan lain-lain yang sangat membantu perkembangan kanak-kanak.. Subjek yang pernah dipelajari ketika berada di semester 1 dan 2 iaitu PERKEMBANGAN KANAK-KANAK SERTA MURID DAN ALAM BELAJAR telah memberi kesedaran kepada diri saya kerana saya belajar kedua-dua subjek tersebut... Tika ini, barulah saya mengetahui mengapa ketika saya masih kecil....
Ø Saya dibawa ke taman permainan
Ø Saya dibawa bersiar-siar ke zoo dan pantai
Ø Saya diberikan alat mainan
Ø Saya asyik bermain
Ø Saya belajar pelbagai subjek di sekolah
Ø Guru menghias kelas dengan cantik
Semua perkara di atas amat mempengaruhi perkembangan saya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ada menyatakan hasrat untuk melahirkan insan yang seimbang.. Seimbang yang bagaimana? Seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.. Saya sedar kerana saya belajar.. kini, baru saya menyedari dalam sukatan pelajaran memang mementingkan pendidikan yang selaras dengan perkembangan murid-murid. Murid-murid yang akan menjadi aset negara memerlukan pelbagai kemahiran. Mari kita imbas kembali pernyataan-pernyataan di atas..

1. Saya dibawa ke taman permainan
Kenapa saya di bawa ke sana?? Ya..seperti yang saya, anda, dia, dan kamu ketahui, di taman permainan ada disediakan gelongsor, jongkang-jongket, buaian, jambatan, dan lain-lain. Ada juga model haiwan seperti dinasour, badak sumbu, dan kuda buatan manusia yang boleh dijumpai di taman permainan.. Kenapa ya agaknya?? Cuba anda renungkan, adakah kanak-kanak bermain gelongsor, buaian, dan sebagainya tidak mendapat pelajaran dan ilmu? Tentulah, mereka mempelajari konsep-konsep seperti berat dan saiz. Sebagai contoh, permainan jongkang-jongket mengajar kanak-kanak tentang konsep keseimbangan dan berat. Mereka akan mempelajari sekiranya mereka lebih berat berbanding rakan yang lain, maka, jongkat-jongket mereka akan ke bawah, manakala rakan mereka yang lebih ringan, akan ke atas. Buaian pula mengajar kanak-kanak tentang konsep ketinggian. Mereka akan belajar untuk bermain buai dengan menghayun buaian dengan lebih tinggi.. Hayun buaian dengan laju, akan menghasilkan ketinggian yang maksimum. Dengan ini, kanak-kanak akan berasa seronok dan dapat belajar sambil bermain.


2. Saya dibawa ke zoo dan pantai
Tentu ibu bapa rakan-rakan dan adik-adik semua pernah pergi ke zoo dan pantai, bukan? Tidak kiralah zoo negara ke zoo negeri ke, pantai barat ke pantai timur ke..hehe..yang paling penting, ianya adalah zoo dan pantai.. Kenapa kita dibawa ke zoo?? Di zoo, kita boleh mengenal jenis-jenis haiwan di darat, di air, dan di udara. Kita bukan sahaja boleh melihat benda hidup, kita juga boleh memegangnya.. tapi, tak semua haiwan kita boleh pegang ye, kawan-kawan.. Menurut tokoh yang mempelopori teori perkembangan kognitif yang begitu popular iaitu Jean Piaget, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak ketika berumur 7 hingga 11 tahun berada pada tahap operasi konkrit. Mereka memerlukan objek atau benda konkrit ketika belajar. Perkembangan otaknya terikat pada benda-benda konkrit yang membantunya belajar sesuatu perkara. Di zoo juga kanak-kanak dapat merasai pengalaman sebenar bertemu dengan pelbagai jenis haiwan yang tidak pernah ditemui. Di pantai pula, kita dapat bermain dengan pepasir untuk membina istana pasir. Jadi, otak kanak-kanak akan berkembang dan membolehkan mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk mengimplementasi pembinaan istana pasir yang cantik dan kukuh. Ombak yang menderu juga membolehkan kanak-kanak mengetahui adanya tarikan graviti di bumi. Kanak-kanak juga dapat melihat siratan makanan iaitu ikan makan rumpai dan burung makan ikan.


3. Saya diberi alat mainan
Alat mainan yang berada di pasaran amat penting dalam menjana kanak-kanak yang aktif dan pintar. Saya teringat ketika saya masih kecil, ibu bapa saya menghadiahkan permainan LEGO. Melalui alat mainan ini, saya dapat membentuk pelbagai binaan dan berkomunikasi dengan orang lain sewaktu menggunakan alatan bersama-sama. Saya juga dapat mengenal warna, bentuk, dan saiz yang sama serta ganjil yang dapat meningkatkan kemahiran pengamatan saya. Pengamatan didefinisikan sebagai proses yang bergantung kepada kognitif dan kederiaan.


4. Saya asyik bermain
Ya.. bermain.. naluri kanak-kanak untuk bermain sangat tinggi. Cuba anda ingat kembali..apakah permainan yang selalu anda main ketika anda berada dalam fasa kanak-kanak. Saya bermain masak-masak, cikgu-cikgu, keluarga, lubang tikus, batu seremban, police entry, dan bermacam-macam lagi.  Saya percaya, anda juga mengetahui permainan-permainan tersebut. Melalui permainan tersebut, kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi sekali gus dapat menempuh pelbagai cabaran kehidupan dengan bercambahnya keyakinan di dalam diri mereka.


5. Saya belajar pelbagai subjek di sekolah
Saya menyedari setelah saya belajar pelbagai subjek, banyak perkara membuatkan saya tersedar kerana saya belajar.. Contohnya, subejk Pendidikan Seni Visual. Saat ini, saya menyedari kepentingan kanak-kanak melukis dan mewarna yang dapat meningkatkan kemahiran motor halus, terutama jari untuk memegang dan menggerakkan pensel atau pensel warna. Koordinasi motor mata tangan juga dapat ditingkatkan. Melalui subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pula kanak-kanak dapat meningkatkan kecerdasan fizikal dengan adanya aktiviti bersukan, bermain bola sepak, dan melompat. Sememangnya, kanak-kanak dapat menyalurkan tenaga berlebihan sewaktu bermain dan menjadikan mereka lebih aktif. Subjek teras Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dapat mengajar kanak-kanak akan kepentingan menguasai kemahiran berbahasa, terutama kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Melalui subjek bahasa tersebut, murid juga akan didedahkan dengan pembelajaran sepanjang hayat berikutan setiap hari kita akan menggunakan bahasa.


6. Guru menghias kelas dengan cantik
Dahulu, saya hanya berfikir di atas dasar air. Tetapi, kini, apabila saya sudah pandai menyelam ke dalam air, barulah saya menyedari kepentingan iklim bilik darjah yang kondusif. Perkara tersebut perlu ditekankan kerana ia dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Guru saya banyak menampal nota, menghias kelas dengan carta, dan menyediakan bahan bantu mengajar yang pelbagai. Jadi, apabila saya mempelajari dua subjek tersebut pada semester ini dan lepas, saya baru menyedari akan mengapa guru saya menghias kelas dengan cantik. Dalam kelas juga pelbagai sudut menarik disediakan bagi membantu murid menguasai sesuatu subjek. Hasil kerja murid juga perlu dipaparkan agar dapat menggalakkan dan memberikan semangat kepada murid untuk melakukan yang terbaik.



No comments:

Post a Comment