December 20, 2011

Detik 23hb Disember 2011

ASSALAMUALAIKUM..ermm..sudah lama rasanya kita enggak ketemu ya. kangen sama teman2.. harap sihat semuanya.. hehe.. Mohon maaf pada semua.. kerana tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Sudah tidak sabar rasanya menunggu detik 23 Disember 2012.  Eh.. salah.. 2011.. hehe..Satu peristiwa yang bersejarah dalam kamus hidup saya akan menjelma.. Teman2 doakan semuanya berjalan lancar ya.. Persiapan sedang dilakukan.. Perjalanan majlis juga dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan.. Saya berharap hubungan kami akan berkekalan dan saya berdoa agar Allah menyatukan hati kami. Memang sudah lama saya menunggu detik ini. Akhirnya, muncul jua.

Tiada siapa yang ingin menolak bahagia.. ramai menolak derita.. Kadangkala tangisan tidak nampak di muka, tapi, terkesan di jiwa. Alangkah bahagia rasa pabila detik 23 Disember itu tiba. Bersyukur pada-Nya.. Diharapkan saya berkesempatan dan berpeluang bernafas di bumi yang indah ini, untuk menikmati detik bahagia tersebut. Doakan ya, kawan2! Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Kad undangan telah diberi. Terima kasih kepada pereka kad undangan majlis tersebut. Sungguh kreatif! Okey..sampai disini dahulu.
~Sambut salam dari bintang yang menyinar di malam terang~

December 10, 2011

Fasal Matematik

ASSALAMUALAIKUM.. Bertemu kembali pada saat ini.. Dengan tajuk berbeza.. Apa kena dengan ‘Fasal Matematik’ ni? Ya.. Bercerita mengenai Math ini, saya mengambil minor Math. Math ini merupakan subjek teras dan wajib diambil ketika menduduki peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, dan SPM. Kalau anda nak tahu, Math ini menambahkan kemahiran Problem Solving atau dalam Bahasa Melayunya Penyelesaian Masalah.. Kemahiran Matematik seperti menambah dan menolak, kedua-duanya sangat berkait rapat dengan kehidupan. Sebagai contoh, ketika kita membeli belah di pasar raya, kita sering membuat anggaran perbelanjaan harga yang perlu dibayar agar tidak melebihi jumlah wang yang kita ada. Kita juga sering menggunakan operasi tambah dan tolak sewaktu mengira wang. Jadi, kemahiran Matematik ini diaplikasi secara amali.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi tentang polihedral dan tesselasi. Kedua-dua bahan ini boleh dijadikan salah satu bahan bantu mengajar Matematik. Dalam semester lepas, saya mengambil subjek Literasi Nombor dan saya berasa sangat seronok kerana sebelum ini saya tidak pernah membuatnya, malah tidak pernah mendengarnya. Di barat, sudah diajar tesselasi sejak kecil lagi. Pengalaman saya membuat polihedral ini agak rumit, tetapi, apabila sudah siap, ia memberikan kepuasan yang menakjubkan. Gembira tak terkata. Alhamdulillah.... berjaya juga menyiapkannya’ getus hati saya. Tesselasi ini juga menarik kerana dapat menambah daya kreativiti dan mengembangkan daya fikir untuk menghasilkan suatu rekaan tesselasi yang cantik. 

Polihedral


Corak Tesselasi
Polihedral ini ringan dan mudah dibawa. Anda boleh menggunakan pelbagai warna dan mengikut citarasa. Nampak mudah, tetapi, agak susah. Corak tesselasi boleh dikaitkan dengan pelbagai motif tersendiri. Contohnya, motif flora, fauna, dan benda. Pastikan apabila hendak membuat sesuatu corak tesselasi, corak tersebut tidak boleh berulang, bertindih, dan mempunyai satu unit bentuk yang sama. Tentu anda boleh mencubanya. Selamat mencuba!

December 9, 2011

Erti Kehidupan

ASSALAMUALAIKUM semua..Apa khabar? Harap sihat semuanya. Bagaimana dengan hari yang anda lalui? Menyeronokkan? Membosankan? Atau pun menyedihkan? Pelbagai perkara dan pengalaman baru yang saban hari kita lalui. Semakin lama, semakin kita mengenal erti kehidupan. Analoginya, hidup ini ibarat seekor burung. Hidup terbang melayang di langit tinggi. Berusaha mencari rezeki untuk menyambung kehidupan yang entah bila kan berakhir riwayatnya. Susah senang..suka duka dirasai. Kadang kala, hujan turun membasahi bumi. Kadang kala, terik mentari menyengat diri. Semuanya dilalui. Kehidupan sangat memerlukan ketabahan dan kesabaran.

Ketika saya belajar di salah sebuah institusi pendidikan, saya berehat di sebuah taman, sambil menikmati sepotong roti, saya melihat sepasang burung yang sedang terbang mengelilingi taman. Saya memberi secebis roti kepada seekor burung. Burung tersebut membahagikan roti itu kepada dua dan makan bersama-sama. Saya sangat terkejut dan saya belajar erti kehidupan. Kehidupan adalah suatu perkongsian, di mana kita sama-sama saling bantu-membantu antara satu sama lain. Jika kita dalam kesusahan, kita perlukan pertolongan. Jika orang lain dalam penderitaan, kita hulurkan bantuan. Kehidupan ini memerlukan insan lain yang saling melengkapi. Jika seseorang punya kemahiran, berkongsilah dengan rakan. Tidak rugi berkongsi. Asal ikhlas memberi.

Kadang-kadang, kenyataan tidak sama dengan apa yang diimpikan. Jika kita melihat orang telah berjaya, kita perlu terus berusaha. Jika kita melihat orang kurang berjaya, kita boleh beri semangat untuknya. Kehidupan memerlukan motivasi. Tanpa motivasi diri, muhasabah kendiri, hidup akan seperti layang-layang putus tali, Terbang tinggi, tetapi, tiada tujuan... Matlamat.. Mahu pun impian. Biarlah kehidupan ini direncanakan dengan baik. Dirancang dengan teratur agar tidak berterabur. Sajak di bawah ini berkisar tentang ‘Kota Semalam’ yang merujuk kepada kehidupan. Terimalah......

Terbinanya Kota Semalam

Terbinanya kota semalam
Pada lantai rata sahara
Acuan sengsara bak selaut air mata
Sungai lelah mengalir deras
Membasahi seisi semesta
Langit hitam tidak bertongkat
Awan muram resah menghambat
Hembusan bayu menyapa pilu
Mendukung sayu menyentuh kalbu.

Terbinanya kota semalam
Melalui cerucuk tajam berbisa
Melalui ranjau duka nestapa
Tiang kesungguhan berdiri kukuh
Dinding ketekunan berdiri teguh
Bumbung keazaman berdiri angkuh  
Tenaga dikerah keringat diperah
Agar kota tersergam indah.

Terbinanya kota semalam
Terpateri potret dibalut kenangan
Berbingkai pengalaman disisip kemanusiaan
Minda terlayar dibalik masa
Hati terbang melewati renungan
Kota semalam tidak selamanya ada
Pabila malam merangkak tiba
Kota dibina pasti berbeda
Dulu, kini, dan selamanya.

Nukilan: Ayun nissa’

Harap para pembaca dapat mentafsir maksudnya. Tidak selamanya kita berada di tampuk yang sama. Hidup ini ada pasang surutnya. Pelbagai cabaran mengajar kita erti kehidupan. Seperti mana diri saya. Dahulu, pada mulanya, saya belajar di tadika. Dekat dengan ibu bapa. Sekolah rendah juga sama. Dapat bertentang mata setiap hari dengan ibu bapa. Kemudian, pergi ke bandar. Belajar di sekolah menengah. Selepas itu, merantau jauh di utara. Baharulah, kini, saya belajar di bahagian tengah semenanjung. Cabaran demi cabaran ditempuh. Perjalanan jauh hingga umur pun sudah mencecah puluh. Zaman remaja hampir dipenghujungnya. Kian, melewati fasa dewasa. Kehidupan akan sampai di pertengahannya. Entah sampai atau tidak saat diri menjadi tua. Entah bila ajal tiba. Manusia sememangnya tidak dapat menduga. Sekian...

December 5, 2011

Tentang Jodoh

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.. apa ya post yang saya bawa kali ini? Ermm.. Cuba lihat tajuk kat atas tu.. ‘Tentang Jodoh’. Semua pembaca tentu tahu, jodoh telah ditentukan. Walau jauh ke dekat ke, kalau Allah telah tentukan seseorang itu jodoh kita, akhirnya pasti bersama jua. Jangan risau. Semua orang mahukan yang terbaik. Begitu juga saya. Masing-masing ada kelebihan dengan kelemahan. Jadi, apabila jodoh kita ada kelebihannya, bersyukurlah. Sekiranya ada kelemahan, terimalah seadanya. Nobody is perfect! Yang penting, berdoa agar mendapat jodoh yang terbaik. Insya allah. Amin. Apabila kita hendak mendirikan sebuah ‘Masjid’, hendaklah disertakan dengan restu kedua-dua ibu bapa. Supaya apa? Supaya perkahwinan mendapat keberkatan, berkekalan. 


December 1, 2011

Luahan Sekeping Hati

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA.. SALAM 1 MALAYSIA.. Terima kasih kerana sudi membaca luahan sekeping hati saya (Hati sekeping ke? Bukan dua?) Hehe.. Malam tadi saya berkesempatan membaca satu blog yang sangat-sangat sedih. Sememangnya, sukar menggambarkan kesedihan yang teramat kerana ia merupakan suatu yang subjektif. Sukar menggambarkan kesedihan melalui kata-kata, kerana hati jua yang merasainya. Seberat mana pun kesedihan, ia memerlukan sokongan dan galakan dari insan tersayang.
Tiada perpisahan tanpa pertemuan. Tiada pengakhiran tanpa permulaan. Sebuah perkenalan menjadi titik permulaan. Seperti fasa pembangunan sesebuah negara, ada zaman permulaan, perkembangan, kegemilangan, dan kejatuhan. Begitu juga dengan CINTA. Cinta adalah anugerah dari Ilahi yang diletakkan di dalam hati. Dimanakah hati? Kalau dalam bahasa Inggeris, heart atau liver?? Urmmm.. apa yang lebih penting, kerjasama... hehe.. gurau saja! Apa yang lebih penting adalah melalui hati, lahirlah perasaan. Perasaan yang tidak boleh digambarkan. Apabila membaca blog tersebut, saya berasa sebak. Beliau cuba menyelamatkan istana cinta dari terus runtuh menyembah bumi. Tapi, istana yang dibina tetap runtuh. Bak kata orang, langit tidak selalunya cerah..indah. Kadang-kadang, hujan di siang hari. Tetapi, tidak mengapa, kan muncul pelangi mengiringi di akhir nanti. Pelangi yang memberikan kehidupan lebih berwarna-warni.
Semua orang mengharapkan yang terbaik dalam suatu perhubungan. Mengharapkan perhubungan yang berkekalan. Jagalah ia setiap hari. Semailah ia dengan benih cinta. Siramlah ia dengan air kesetiaan. Bajalah ia dengan kasih sayang. Agar terus subur sentiasa. Agar terus bercambah menjadi sebatang pohon. Tidak tunduk layu. Setiap perhubungan memerlukan pengorbanan, kesetiaan. Tetapi, tidak semua perhubungan berakhir seperti apa yang diharapkan. Tidak kira perhubungan dengan rakan atau teman. Wanita.. insan yang mudah tersentuh hatinya.. Sensitif.. Memerlukan perhatian. Dorongan dan galakan. Sajak cinta di bawah ini, untuk tatapan semua. Harap sudi membaca.

Runtuhnya Empayar Cinta

Empayar cinta dibina sekian lama
Dipancari cahaya warna suria
Dikelilingi bebunga mekar mewangi
Dihuni pasangan raja dan permaisuri
Bersama dua pasangan putera puteri
Terlakar impian di tiang perjanjian
Terukir misi di dinding berdiri
Kenangan tercipta di sudut hati
Pengalaman terbenam di dasar pengetahuan.

Badai menjelma tidak diduga
Empayar cinta runtuh segala
Terkubur pengorbanan di tanah perjuangan
Tersungkur jatuh dek lubang perpisahan
Bunga layu di tasik pilu
Menghakis rindu menambah syahdu
Tertusuk duri pada nurani
Tatkala kesetiaan disimbah kehinaan
Tatkala kerinduan disimbah kebencian.

Ketabahan meniti kehidupan
Kesabaran mengharungi cabaran
Tidak semudah yang disangkakan
Tidak sama yang dirasakan
Cukup sekadar menunai kewajipan
Melewati masa dan usia
Mana mungkin terbina semula
 Empayar cinta yang sama.

Nukilan: Ayunnissa’